Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Petir

Hidup saya sudah sedia tertelanjangkan dari mata kamu, kamu dan kamu, barangkali. Dan, cuma perkataan yang ditutur dan dituliskan menjadi cebis-cebis halus yang menampal tampang diri ini. 4 tahun lepas ketika saya sedang menunggang motosikal melalui kawasan perumahan di Sungai Buloh Country Holmes, ketika cuaca mendung, awan beropol-ropol dan langit digigit kegelapan sedikit-demi sedikit, kilat memancar-mancar, di atas motosikal Kriss lama, entah bagaimana dengan anehnya tatkala tayar bergolek di atas bonggol jalan kilat betul-betul memanah entah bebebarapa mm saja dari telapak tangan yang sedang mencekup throttle. Saya masih ingat ketika itu saya hilang keseimbangan dan, mujurlah agak perlahan menunggang, saya dapat kawal diri daripada terjatuh. Belakang tapak tangan terasa berdenyut-denyut dan kebas. Saya cukup pasti ianya disambar petir. Saya bertenang seketika bagi menghilangkan rasa terkejut. Dipanah petir? Biar betul? Mungkin tak ada yang percaya. Mungkin oran

Deskripsi, Rungutan dan Hilang Ditelan Zaman.

Percakapannya berdegar-degar, biasanya begitulah dia selalu, semenjak bertahun dulu saya kenal dia sebagai pekerja kontrak pembersihan di perpustkaan ini. Saya tahu dia antara orang tua yang rajin membaca bukan saja akhbar tetapi buku. Namun saya tak kenal rapatnya. Tapi sejak awal tahun ini saya tak nampak kelibatnya. Baru tadi saya terdengar dia meminta tolong beberapa remaja untuk mencarikannya buku puisi Usman Awang, disebut secara spesifik "hok ade sajak ke makam bonda tu" tapi remaja perempuan yang mengelek buku Sayang Awak Ketat2 dan Protect My Boss itu memberikannya buku sajak bertajuk Fatamorgana terbitan UiTM. Makcik itu kembali ke rak, membelek dan membelek. Saya menyampuk dan memberikannya buku tebal Puisi Melayu Baharu 1946-1986. Tapi sajak tu tak ada di dalamnya, ada sajak2 UA yang lain saja. Makcik tu kata dia cuma mau mencari sajak pendek untuk dibacanya saja pada satu majlis wanita. Saya tunjuk sajak saya. "Hmm tak sesuai. Orang biasa tok dengor le saj

Pahit

Bolehkah kita benar-benar menyatakan kebenaran? Melemparkannya ke tengah-tengah ribut manusia? Tak mungkin. Tak mungkin ianya terjadi. Tiap tubuh menyimpan segala sesuatu, kita mengupas diri sedikit demi sedikit oleh pisau waktu, usia dan pengalaman. Kalau mengambil kata seorang filsuf yunani (tak ingat namanya) 'kebebasan hakiki adalah pabili kita membenarkan akal kita berpikir melangkaui rentangan, dogma, kepercayaan dan pelbagai lagi yang membataskannya'. Tapi kita tak dapat melakukannya. Kita punya keluarga, rakan2, negara, bangsa dan... agama. Apakah kesannya? Tak perlu fikir panjang. Lihat sekeliling. Pendam segalanya. Pandangan, buah fikir dan pertanyaan. Perihal kewujudan dan ingin tahu. Berbahagialah orang yang berani untuk mengisytiharkan pandangannya kepada awam. Mereka... bebas. Aku masih terkurung. Mungkin bila titik nafas terakhir menoktahkan usia, dunia baru terjelma dan segala sesuatu tak dapat lagi menangguhkan kebenaran.

Dalam Satu Duduk

Bila kali terakhir anda duduk dalam satu masa dan menghabiskan satu buku tanpa berkerak ke mana-mana? Atau buku yang kali pertama anda baca seperti kedudukan ituw? Saya ingat bacaan terawal saya ialah majalah Ujang. Kalau buku ianya bahasa inggeris, The Elephant Man. Saya tak perlu merujuk kamus kerana bahasanya mudah, disertai glosari dan tipis. Tapi kalau buku bahasa melayu ianya sudah pasti... err banyak. Mungkin Kai Di Lembah Urda, Hikayat Bahtera Raja Donai, siri khalifah Islam, atau Hikayat Amir Hamzah yang mana semua ini dibaca ketika sekolah rendah. Kemungkinan buku yang paling saya ingat dibaca dalam sekali harung ialah Cincin Permata Biru oleh Mior terbitan CESB kalau tak silap. Rasanya pada tahun 2004, Syahir rakan sehiphop saya tlah memesan supaya dibelikan buku itu yang ada dijual di kedai Ah Sang. Ianya siri yang kedua. Saya tahu buku itu tentang apa kerana pernah baca secara sorok2 semasa sekolah rendah. Sebab itu dia minta saya beli sebab kalau dia beli da

Perabot, Ow Chay Ming dan Kuala Terengganu

Kredit gambar : appreciategood.com Ada banyak kisah tertinggal di balik longkang Padang Hiliran, kuih kasidah Cabang Tiga atau kafe siber hingar di Losong Haji Su. Kuala Terengganu iv kota kelahiranku kucintaimu:   kucintai selonggok ketenangan       tertanam dalam perut siput       terbenam dalam rambut lumut serpihan sajak kuala terengganu iv- Pemburu Kota 1973, T.Alias Taib. Selepas habis STPM aku terus berangkat ke Kuala Terengganu, tinggal bersama makcik di Cabang Tiga. Asalnya aku nak kerja ikut pakcik aku, di Pulau Perhentian. Tapi tak ada kerja kosong masa tu lalu berminggu juga aku melopong sebelum akhirnya aku mula bekerja di sebuah kedai perabot Ow Chay Ming. Kedainya terletak betul-betul di simpang tiga, berdekatan pasar besar Cabang Tiga bersetentang Warung Norazila yang terkenal itu. Tahun 2008 juga berlakunya pilihanraya kecil KT. Calon Pas ketika itu Mohd Wahid Endut melawan calon BN, Dato Wan Ahmad Farid dan tak semena-mena Nene

Perbualan Bersama Pustakawan Jerantut

Slogan-slogan seperti ' membaca jambatan ilmu' atau ' buku jendela pengetahuan' , seingat saya pernah saya lihat pada dinding kelas-kelas di sekolah. Saya juga masih ingat, saya bacanya, sekadar membaca begitu saja tanpa apa-apa perasaan makna kan menyusup ke telinga hati saya. Tapi seingat saya juga, saya belum pernah melihat slogan-slogan itu dicat pada dinding perpustakaan daerah saya, Perpustakaan Awam Jerantut. Syukurlah, bukan itu yang kita mahu lihat. Perpustakaan adalah tentang pembacaan dan komuniti setempat, tentang budaya dan merapat dekat untuk pengetahuan yang wajar dipupuk sejak kecil. Kata Borgess 'saya sering membayangkan syurga itu ialah perpustakaan yang dipenuhi buku-buku'. Senyap-senyap saya sangat menyetujui pengharapan ini. Hari ini saya pergi ke perpustakaan pada jam 0915 selepas terlepas bas ke Kuala Lumpur. Lalu saya mula duduk di meja dan menulis sajak kerana idea bertalu-talu datang. Sedang saya ralit

Mencatat Hal-hal Rambang

Nama penuh saya ialah Abdullah Hussaini bin Mohd Ghazali bin Abdul Ghani bin Abdullah. Selebihnya saya tak tahu. Semasa saya sekolah menengah dahulu ada seorang rakan yang dapat mengingati nama ayahnya sehingga ke generasi ke 8 di belakang! Seperti pewaris sanad, dengan lancar ia menyebut nama2 itu. Oh, saya tak sedar saya telah memberitahu kamu nama penuh saya. Saya menelanjangkan diri saya! Tapi saya rasa semua penulis begitu. Tiap pribadi dan kisah hidupnya pasti dipercik pada penulisannya. Ketelanjangan dirinya disamarkan dengan fiksyen dan rekaan. Suatu ketika saya pernah ditanya 'mengapa tak pakai nama pena?' 'Bubuhlah nama Dolah Sungai Badak ker ?' (Sungai Badak merujuk nama kampung saya) 'Pakai nama Daniel baru in'. Entah mengapa saya tringatkan satu ayat 'pemakai nama pena hanyalah orang yang mempunyai agenda2 tertentu'. Saya tak berapa ingat siapa yang menuturkan ini, tapi, kalau tak silap, ianya datang daripada penuli

Visual Realiti Sebagai Nostalgia

Biar saya mulakan catatan ini dengan pagi saya. Tepat jam 646 saya bangkit, mengecas fon yang terpadam, menjerang air, menggosok gigi, menutup dapur, mencuci wajah dengan air suam dan kemudian mandi. Saya solat subuh pada jam 7 dan kemudian membancuh kopi, membelek fon sebelum keluar berjogging.  Sepulangnya dari jogging saya membuat sambal dan makan bersama pulut. Seisi rumah juga turut bersarapan dan membasuh tekak dengan, sekali lagi, kopi. Seusai bersarapan saya terus pergi ke pinggir hutan untuk memotong rumput buat lembu-lembu saya. Sewaktu saya berada di kawasan belukar dan repuh itu, sambil memegang sabit, terbongkok-bongkok merabus rumput, mencekaknya dan memotong - saya terasa seperti Adil, watak dalam filem Bunohan di mana ada satu babak selepas dia dilarikan daripada pertarungan muay thai - dia meredah paya yang dipenuhi oleh rumput2 liar. Imej ini bukan kali pertama saya rasakan malah setiap hari bila saya berada di kawasan belukar yang berpaya-lecak itu. P

Mengutip Serpihan Maklumat dan Menyiat Fiksyen di Alam Sebenar

Sepasang mata saya adalah skalpel, gunting bandage, klem dan forsep dalam proses pencarian maklumat. Futuris Amerika yang terkenal dengan buku Future Shock dan Third Wave, Syaikh Alvin Toffler telah mempopulerkan terma information overload (ledakan maklumat) yang melimpah-ruah di kala zaman ini, zaman information explosion (letupan maklumat). Sering kita melihat dalam grup whatsapp atau facebook atau apa-apa media sosial, banyak sekali individu yang mengongsikan maklumat – yang mana maklumat ini seperti mesej berantai atau berita palsu telah diterima oleh kita, dan diulangkongsi tanpa melihat kesahihannya. Semua orang sudah patut sedar dengan virus sebegini yang semakin membarahkan. Seperti dalam salah satu cerpen Zainal Rashid yang menggambarkan pembunuhan boleh dilakukan dengan internet sahaja sebegitulah kita patut menjaga kehidupan dengan menajamkan mata untuk membuka minda. Saya bukan mahu bercakap perihal ini. Tetapi saya mahu pergi lebih jauh, iaitu pengaruh

Review: Raja Donai Bahtera Kulit Kacang

Raja Donai Bahtera Kulit Kacang by Mat Diah bin Abdul Majid My rating: 5 of 5 stars Yesss!!! Akhirnya jumpa jugak. Inilah buku fantasi pertama aku baca masa darjah 2. Bukunya buruk waktu tu, tulang belakangnya tercabut dan isinya lusuh giler. Aku jumpa dalam pustaka dan aku mula baca dan... wow. Super wow (perasaan ketika itu). Aku larut dalam cerita pertarungan dan magis2 yang menggiurkan. Sudah tentu juga perihal kulit kacang yang boleh ditukarkan menjadi bahtera tu at2 menarik perhatian aku. Buku ini antara buku yang mencambahkan minat aku membaca! Fuhh nostalgia betul. View all my reviews

Review: Tiada Mausoleum buat Mussolini

Tiada Mausoleum buat Mussolini by Bintang Kartika My rating: 4 of 5 stars Saya bukan penggemas puisi kerohanian/relijus seperti Rumi atau Hafez atau Attar. Namun itu tidak bermakna saya bencikan hal keugamaan. Bagi saya kalau nak membaca hal keugamaan maka saya akan membelek puluhan kitab feqah, sirah, aqidah dll yang ada kat rumah saya tu. Tapi saya tak dapat nafikan ianya puisi yang superb. Ianya puisi yang bagus dan kalau sesekali di waktu hening dan sunyi menerpa, saya akan mencapai buku puisi mereka dan sekejap kemudian angin meniupkan dirinya membuatkan kelopak mengerlip, air mata berjujuhan dan malam menyembunyikan kedukaan yang selama waktunya bersembunyi. Jadi kerna hal itu saya tak dapat memberikan bintang penuh kepada kumpulan sajak ini. Kerna saya perlukan waktu spesifik, perasaan yang khusus untuk menikmati puisi2 relijus/kerohanian, maka tidakkah ini menunjukkan hal relijus/kerohanian ini sangat spesial sebenarnya? Bintang Kartika alias

Tata-tata Dalam Kreativiti yang Lampawau

Saya ada terbaca komen oleh SM Zakir dalam facebook, yang membalas persoalan bahasa penulisan dalam penulisan kreatif, oleh seorang editor yang antaranya berbunyi 'bahasa (dalam karya) tak boleh rigid sangat nanti karya jadi menjemukan' Dalam dunia penulisan kreatif banyak sekali perbezaan2 daripada setiap penulis dan penerbit tentang hasil atau kefahaman mereka terhadap apa itu tata-tata yang sepatutnya ditulis. Ada beberapa orang berautoriti?  yang begitu rigid dan kerap menegur mana2 penulis yang ada kesilapan pada ayat posting (posting dalam istilah baru apa? Hantaran? What the heck?). Walhal kekadang tu ada je terselit komen2 dari kawan diorang yang jauh tak guna ejaan penuh atau tanpa kesalahan tatabahasa. Apesal? Media sosial adalah tempat yang menzahirkan fiksyen sebenarnya. Kecuali petikan2 atau pautan2 pada hal2 keilmuan, semuanya adalah catatan fiksyen, khayalan, gosip, rekayasa dan candaan sahaja. Syaikh Alvin Toffler pernah menyebut bahawa kini ialah era letupan d

Review: Tinju & Peluru

Tinju & Peluru by Johan Radzi My rating: 4 of 5 stars 3.7 untuk kumpulan cerita pertama Johan Radzi ini. Aku mula membaca tulisan JR di jalantelawi.com yang pada ketika itu aku jumpa laman web itu ketika aku berjogging di jalan telawi dan ingin mengetahui port menarik di sekitarnya lalau menggugel dan jumpa web itu. Pada mulanya aku sangkakan JR sudah berumur 30 an kerana pada aku tulisannya, matang. Selepas mencari maklumat tentang beliau barulah kutahu beliau baru 20an. Malah kerana tulisannya di JT itu juga membuatkan aku menghantar cerpen ke situ dan tersiar. Saya pernah dengar dari orang DBP yang mengatakan cerpen Perempuan Yang Pulang ke Lautan asalnya dihantar ke DS tetapi telah dipassing kepada Tunas Cipta, mungkin kerana penulisnya masih muda. Saya fikir, penyiaran karya cerpen di DS sekarang tidak lagi begitu kerana sudah mula ada cerpenis muda yang bagus tersiar cerpen mereka di DS. Boleh dikatakan semua cerpen dalam Tinju Peluru ini m

Review: Riwayat Mayta

Riwayat Mayta by Mario Vargas Llosa My rating: 4 of 5 stars Mario Vargas Llosa merupakan sebagian penulis Latin Bloom. Namun penulisannya ada beza dengan Borges, Cortazar ataupun Gabo. Riwayat Mayta ataupun The Real Life of Alejandro Mayta merupakan sebuah kisah revolusi kecil yang gagal dan kemudiannya sejarah tidak mengingati mereka yang terlibat. Cerita bermula perlahan dengan narator merupakan seorang penulis (juga rakan sekolah rendahnya) yang mencari maklumat berkenaan Mayta dalam usaha menyiapkan satu novel berkenaan revolusi itu. Dia berjumpa seorang demi seorang individu yang terlibat dengan revolusi itu dan mulai bertanya. Setiap individu ada versi sendiri tentang perjalanan revolusi itu dan pemulanya; Mayta. Ia bermula dengan agak membosankan pada bab2 terawalnya namun ia semakin menarik bila mula di pertengahan novel pabila sisi lain peribadi Mayta mula didedahkan seperti kegagalan perkahwinanannya, pertembungan perbezaan idea serta gosip

Review: Some Prefer Nettles

Some Prefer Nettles by Jun'ichirō Tanizaki My rating: 3 of 5 stars Yahuuu berjaya dihabiskan juga. Aku baca versi terjemahan, bertajuk ... memilih jelatang diterjrmahkan oleh Mokhtar Ahmad (yang turut terjemah 100 years of solitude) dan aku dapat buku ni percuma setelah membeli novel seorang penulis kacak. Okay buku ni tentang konflik perhubungan suami isteri di ambang penceraian. Watak utama iaitu Kaname dan isterinya Misako, membuat keputusan untuk bercerai setelah kehidupan suamiisteri tidak berisikan cinta lagi. Dalam masa yang sama mereka memiliki anak. Kaname memberikan kebebasan kepada Misako untuk menjalin hubungan dengan Aso dan Kaname pula kerap bersama Louise, perempuan yang dianggapnya kadang2 sebagai teman kadang2 sebagai mainan. Apabila ayahnya mendapat berita yang ia akan bercerai maka... Baiklah, penceritaannya ok. Temanya kalay dibaca pada 60 tahun lepas, mungkin mengejut&mengujakan. Tapi dibaca pada zaman sekarang, ianya ras

Remeh Berbentuk Biasa

Sepuluh ketul samosa dapat mengenyangkan satu perut lapar di pagi hari. Sepuluh rangkap pantun dapatkah menghiburkan hati? Jika semua orang menulis tentang sinisme (sinikal) terhadap ugama, setiap masa tanpa ada henti, apakah kamu akan jemu dan terjeluak. Apakah perasaan kamu membacanya? Seperti tahi kering yang tersekat di kerongkong dan tidak dapat keluar kerana mulut terjahit? Begitu? Jika semua orang menulis tentang intelektualisme, falsafah dan reformasi ugama, setiap ketika tanpa henti, adakah kamu, wahai pembaca, menekuninya dengan tabah tanpa banyak soal atau trus melemparkan cerita2 sebegitu jauh ke dalam jurang Marina? Jika semua menulis tentang sastera dan seni dalam pengertian masing-masing dan tenggelam dalam perdebatan tak sudah, adakah kita seronok menyaksikannya dari tepi atau turut serta kerana merasa diri sebagian daripadanya ? Semua dengan semangat kenegerian yang tebal. Semua taasub dengan neo-pseudo. Semua nak jadi yang terjadi dan menjadi yang pernah terjadi.

SN Abdullah Hussain

Selain Ali Majod dan A.Samad Ismail, penulis lama yang saya gemari ialah Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Interlok adalah satu-satunya novel SN Abdullah Hussain yang saya baca. Karyanya yang lain turut saya baca ialah kumpulan cerpen Dari Kota Cahaya. Tentang Interlok yang pernah menjadi kontroversi sikit masa dulu, saya menggemari bagaimana Abdullah Hussain melukiskan tiga kisah kaum utama iaitu Melayu Cina dan India. Dari tiga kisah kaum ini saya dapat ingat beberapa adegan seperti Pak Utih yang menghisap rokok daun selepas menjampi ayah Seman, atau Maniam yang berjalan kaki tengah panas menuju ke estetnya atau babak ayah Cing Huat menyedut candu. Begitu juga dengan cerpen2nya. Malah sehingga sekarang saya boleh membayangkan bagaimana Maniam menghayun parang di ladang, Seman menyelongkar bawah rumahnya dengan marah-marah atau Cing Huat melayan pelanggannya di kedai runcit sambil getah sekerap bersenggayutan di luar kedai. Gaya dia menulis, seperti yang dikatakan Prof Lutfi Abas

Jarinya Grafiti Hitam Putih

Grafiti yang diconteng di mana-mana kebiasaannya bertag. Tag ialah tandatangan si pembikin grafiti tersebut. Ketika saya berada di tingkatan empat saya telah menconteng grafiti di dua kawasan dinding sekolah yang terpencil dan dua kawasan bangunan sekitar bandar yang baru siap. Pemilihan kawasan itu agak SAYA SENGAJAKAN. Kawasan dinding belakang bangunan sekolah itu menjadi port pelajar menghisap rokok sewaktu rehat, melepak sambil berbual atau kadang-kadang ada yang berkumpul untuk bergaduh jika berlaku suatu-suatu ketidakpuasan hati. Saya cuma guna spray dua jenis warna iaitu hitam dan putih dan saya conteng perkataan SOUL. Mengapa soul (jiwa)? Kerana ini ialah perkataan paling mudah diconteng dan jika diconteng ia boleh menjadi pelbagai corak jika anda kreatif. Dan saya juga berpendapat sekolah adalah kawasan yang telah kehilangan soul. Ianya seakan penjara (jiwa muda kan heheh) .  Dalam grafiti, setahu saya ada dua jenis stail iaitu throw up dan bubble. Saya rasa teknik saya thro

Selera Dalam Kepercayaan

Sebuah kedai makan dengan pekerja yang bermulut cabul, kadang-kadang angkuh tetapi makanannya sedap giler. Adakah kamu akan tetap makan di situ atau selepas cuma sekali di situ, makan dengan tidak berselera bila mendengar perkataan-perkataan tidak enaknya atau anda membalas kecabulannya atau anda diam tanpa kisah pun? Tapi makanannya kena dengan tekak kamu. Di tempat saya tinggal ini ada beberapa kedai sebegitu. Salah satunya menjual lauk yang tak ada di kedai lain dan, apa yang dia masak itu sangat sedapp. Pada mulanya saya agak terkejut dengan sikapnya tapi saya datang buat kali kedua kerana, makanannya yang dimasak sangat sedap dan ada kualiti. Kita tahu yang pekedai seharusnya melayan pelanggannya dengan baik. Tapi pakcik itu dengan selamba, kadang-kadang berbahasa kasar. Sdara saya pernah ceritakan pengalamannya. Ketika dia mahu meminta sudu daripada pekedai itu, pekedai itu menunjukkan sudu tanpa memandang ke arahnya dan berkata dengan nada tidak mesra 'carilah'. Sdara

Soalan Sebelum Cerita

Cerita adalah satu alat. Cerita adalah propaganda. Cerita adalah cerminan diri, perakam zaman dan pelbagai tafsiran lagi. Boleh jadi cerita adalah pengakuan penulis yang disamarkan. Namun sang pencerita(dalam konteks ini, penulis) sebenarnya bukanlah alat walaupun mungkin dia penulis upahan atau dibayar semata-mata untuk menulis. Seorang penulis, dia bercerita kerana dalam kepalanya mungkin ada ulat yang meruit-ruit ingin keluar. Mungkin ada sepohon durian yang sedang masak ranum dan buahnya tergolek jatuh dari kepala, durinya mengena tangan penulis lalu darahnya terpercik ke dalam skrin/kertas. Itulah idea/ilham yang melintas kepalanya. Alangkah rugi jika durian itu tak dikupas dan dimakan isinya yang manis lemak itu. Kalau A.Samad Said jika ditanya tentang bagaimana mahu menulis jawapan yang biasa kita dengar adalah 'baca baca baca'. Ianya memang tepat. Menurut Shahnon Ahmad pula, dalam salah satu eseinya yang termuat di dalam buku Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan, dia m

Mimpi Ramadhan Lalu

Mimpi ini berlaku dalam bulan ramadan 17 lalu. Ianya salah satu mimpi yang meletihkan dan paling aku ingat rinciannya sampai sekarang. Kerana aku dan seorang tokan telah tidak sengaja melanggar lari seorang imam kacak berkurta sendat, aku telah disumpah menjadi syaitan. Hukumannya aku fikir tentu sangat berat kerana tugas kami menyesatkan manusia. Cumanya ia tidak terjadi. Sebaliknya aku telah dikurung dalam satu ruang parkir bawah tanah dengan udara kedap dan graviti rendah. Kami dalam gerakan slo mo, menanti dengan debar sekitar 2 jam dan muncul hakim-hakim berbaju panas GAP menggenggam kayu baseball dan dengan senyum gatal menyerbu. Hayunan demi hayunan sehingga kulit tersopek dan darah merah lencun. Kami cuba lari dan langkah-langkah kami tertahan-tahan, terlalu perlahan itu cuma kesia-siaan.  Kepedihan menggigit kulit dan titisan darah membasahi muka, hangat dan hanyir. Babak setrusnya agak melegakan. Aku meloncat keluar dari ruang tadi dan masuk ke dalam satu kelas. Aku memaka

Dalam Mulutnya Bulan Serbuk Putih

Semalam saya terbaca satu berita tentang Jerantut dengan headline Jerantut pusat  maksiat dan judi. Beberapa bulan sudah tentang pusat judi mesin tular dan dalam grup fb daerah sekian banyak posting tentangnya. Ada satu posting menceritakan kawannya habis 1500 ringgit main slot mesin. Judi ini semakin menjadi-jadi. Kalau perkara ini tak dihentikan tak lama lagi semua nak muda (dan juga orang tua?) akan jadi tahi judi. Padahal Jerantut adalah BANDAR TAMAN TEGARA. Gateway to taman negara katanya. *** Aku teringatkan ketika aku tingkatan tiga. Semasa menunggu bas untuk pulang ke rumah selepas balik dari sekolah. Aku duduk di sebelah Dinesh (bukan nama sebenar) dan ralit membaca surat khabar jawi utusan melayu seksyen Gusti Bersama Macan. Dinesh sedang belek telefon nokia 1100nya. Di hadapan kami bersusun bekpek pelancong dan ada beberapa omputeh sedang membaca buku travel guide. Ada suatu suara parau berdengung di antara kami. “Hai orang2 putih ni, kalau dapat ke orang A