Minggu lepas aku saje jer bukak web Uitm, dlm dok usha2 tu tetube tergerak hati nak bukak e-kaunselor. So after plih kaunselor (pempuan n cun ofkos) aku mula bertanya soalan tentang kekurangan personaliti aku berkaitan komunikasi . Bru tadi aku cek email, dpt jwpn dr kaunselor tu. Jawapannye mcam ni: Assalamualaikum wmw, Pertama sekali, mohon maaf atas kelewatan membalas. Saya baru pulang dari Induksi (16 Sept-29 Sept) dan di sana ada masalah dengan internet connection. Abdullah hussain, suka untuk saya ingatkan bahawa e-kaunseling ini agak terbatas & jawapan saya juga terbatas. Tapi insyaallah, saya akan cuba jawab sebaiknya. Suka juga untuk saya maklumkan bahawa kaunselor bukan penyelesai masalah seseorang,tetapi hanyalah seseorang yang membantu menunjukkan jalan dan memberi maklumat pada anda. Segala keputusan dan pilihan jalan penyelesaian yang tepat adalah ditangan anda. Abdullah,setiap orang daripada kita ini berbeza. Dari segi personalitinya, pemikiran...