Skip to main content

Posts

Showing posts from June 12, 2018

PenulisXMimpi

Aku rasa kalau kau penulis dan ada kecenderungan minataksub pada mana2 penulis, atau secara khusus, aku konpem kau mesti pernah dalam sekali, paling kurang, bermimpi pasal dia/salah sorang daripada penulis yang kau minat. Kan?
Karim pernah tulis dia ada mimpi berjalan di pinggir pantai sambil berbual dengan TAT. Aku tak tau orang lain cemana. Aku sendiri banyak mimpi dengan orang yang menulis ni. Dan ramai pulak tu sampai ada yang terlupa dah. Huhu.
Tapi apa kejadah aku tetiba nak tulis pasal mimpi ni? Hah, sebab aku ada mimpi tak syok , atau tak sedap, atau tak menyenangkan / meletihkan yang melibatkan dorang sepanjang bulan puasa ni. Bukan sekali. Tapi lebih! Okey sebenarnya bukan sehari dua aku dapat mimpi tak best tapi setiap hari. Bagaimanaaaa yea jadi begitu?? Sepanjang bulan puasa ni (mei-jun 2018) aku kerja, 14jam sehari, berterusan tanpa cuti dan aku, sebab hostel tak ada dan tak sempat nak cari bilik sewa, tumpang rumah makcik aku. Aku tidur di atas lantai yang tidak rata.…