Skip to main content

Selera Dalam Kepercayaan

Sebuah kedai makan dengan pekerja yang bermulut cabul, kadang-kadang angkuh tetapi makanannya sedap giler. Adakah kamu akan tetap makan di situ atau selepas cuma sekali di situ, makan dengan tidak berselera bila mendengar perkataan-perkataan tidak enaknya atau anda membalas kecabulannya atau anda diam tanpa kisah pun? Tapi makanannya kena dengan tekak kamu.

Di tempat saya tinggal ini ada beberapa kedai sebegitu. Salah satunya menjual lauk yang tak ada di kedai lain dan, apa yang dia masak itu sangat sedapp. Pada mulanya saya agak terkejut dengan sikapnya tapi saya datang buat kali kedua kerana, makanannya yang dimasak sangat sedap dan ada kualiti. Kita tahu yang pekedai seharusnya melayan pelanggannya dengan baik. Tapi pakcik itu dengan selamba, kadang-kadang berbahasa kasar.

Sdara saya pernah ceritakan pengalamannya. Ketika dia mahu meminta sudu daripada pekedai itu, pekedai itu menunjukkan sudu tanpa memandang ke arahnya dan berkata dengan nada tidak mesra 'carilah'. Sdara saya membelek rak dan tak menjumpai sudu dan bertanya semula 'mana?' Dengan muka masam dia mengambilkan sudu di dapur dan serahkan padanya.

Ada ketikanya saya nampak dia mengerling pada pelanggannya yabg seusai makan tapi masih melepak santai - seperti menghalau mereka kerana ada pelanggan baru yang baru tiba. Dia jarang tersenyum tetapi masakannya sedap.

Saya teringatkan budaya negeri Selatan US yang saya kerap tonton di tv atau baca dalam novel John Grisham dimana pasti ada kedai makanan bbq/ makananan country yang sangat sedap tetapi taukenya suka memaki pelanggannya. Contohnya jika makanan sudah habis tetapi pelanggan masih lagi duduk di meja. Dia akan keluarkan kata-kata kesat dan biasanya pelanggannya akan balas balik dengan kata-kata kesat. Tapi pelanggan itu tetap memuji kesedapan makanan kedai tersebut. Dan mereka datang lagi.

Kita di Malaysia barangkali belum terbiasa dengan budaya itu. Cabul, kasar dan terasa hati. Mungkin tidak dalam sesetengah hal. Tapi saya adalah sebahagian watak-watak dalam novel Grisham itu. Saya tak kisah selagi ianya sedap dan memuaskan hati. Kalau dia berbahasa kasar saya boleh balas balik. Apa susah?

***

Saya tidak menyangka penulis idola saya yang setakat ini baru tulis satu novel (dikatakan novelnya adalah kanon kesasteraan Malaysia pasca-2010) telah dm saya dan beritahu mahu baca cerpen saya. Saya katakan boleh dan akan hantar semua cerpen saya pada dia. Kita tahu dia adalah penulis yang classy bila jawapannya 'tak, nak yang satu tu je'. Saya tak mahu bertanya pendapatnya tentang cerpen saya sesuai dia bacanya. Saya tak nak dm dia dan tanya. Mungkin dia tak akan suka sebab sudah tentulah penulisan kami tidak sama. Saya tak kisah.

Saya sudah tiga kali berdepan dengan penolakan manuskrip. Ada dua mss yang saya hantar ke dua penerbitan. Kedua2nya dimiliki oleh penulis yang saya suka baca karya mereka, yang saya percaya hebat, terinspirasi dan likes post, tuit mereka di laman sosial. Jawapan penolakan mereka ada yang terlalu ringkas, ada yang disertai kritikan tajam tetapi ianya tidak mengecewakan saya. Walaupun 3 kali ya. Saya tak berputus asa. Adakah saya akan unfollow/unfriend mereka di laman sosial? Adakah saya akan buat posting khas meluahkan kekecewaan tersebut? Adakah saya tidak akan baca lagi karya mereka? Tidak. Saya suka mereka kerana mereka ada kualiti. Saya suka mereka kerana karya mereka taste saya. Ini berkaitan dengan kepercayaan, dan rasa suka.

Comments