Saya baru membelek draf di emel saya dan menemukan ada empat draf. Antara isi draf itu adalah sajak-sajak dua tahun lalu, cerpen yang tidak siap dan pertanyaan tentang pekerjaan kepada satu syarikat yang sudah mengesahkan untuk mengambil saya bekerja. Membaca satu persatu, saya teringatkan yang semua itu ditulis dalam keadaan yang penuh bersemangat. Tapi ia tak siap, tergantung, ditangguh dulu kerana idea yang tidak berkembang, dengan janji pada nota mental bahawa akan dijenguk kembali dalam masa terdekat. Tapi saya terlupa. Dan lama-lama ia hanya draf yang sekadar mengisi tabung kenangan. Saya tidak ingat tulisan siapa saya baca yang mengatakan terlupa itu adalah nikmat sementara. Macam, kau terlupa yang hari tu kau kena hantar assignment dan dalam tempoh waktu terlupa itu kau penuhinya dengan aktiviti2 kesukaan kau seperti nonton wayang, main games atau dating. Dalam tempoh itu kita terus melupakan beban kerja/tugas yang sepatutnya menyempitkan waktu terlupa kita itu. Semasa saya t...