Menyeberang Sungai Han - Li Pin jauh dari kampung halaman aku ternanti nanti berita dari sana musim demi musim, silih berganti sekarang, setibanya di kampungku bertemu dan berselisih ramai orang aku tak berani bertanya satu soalan pun *** Semalam anak nenas yang dipesan sampai. Ini pesanan kedua (repeat order). 1000 benih semuanya dan setakat hari ini sudah beberapa ratus ditanam. Terasa letih betul dari pagi ke tengahari di kebun. Masa berehat di balik seketul batu besar yang melindungi tubuh dari terik, entah kenapa, sajak Li Pin yang aku ajar kepada beberapa pelajar kelas minggu sudah menerpa. Saya melangut agak lama, memerhati langit, helang yang berpusar, sepasang enggang yang terbang ke arah pokok tualang dan cericit unggas hutan belakang dan tentu saja puisi dinasti Tang seakan mengajak saya untuk menulis barang satu dua...