Skip to main content

Dalam Satu Duduk




Bila kali terakhir anda duduk dalam satu masa dan menghabiskan satu buku tanpa berkerak ke mana-mana? Atau buku yang kali pertama anda baca seperti kedudukan ituw?

Saya ingat bacaan terawal saya ialah majalah Ujang. Kalau buku ianya bahasa inggeris, The Elephant Man. Saya tak perlu merujuk kamus kerana bahasanya mudah, disertai glosari dan tipis. Tapi kalau buku bahasa melayu ianya sudah pasti... err banyak. Mungkin Kai Di Lembah Urda, Hikayat Bahtera Raja Donai, siri khalifah Islam, atau Hikayat Amir Hamzah yang mana semua ini dibaca ketika sekolah rendah.

Kemungkinan buku yang paling saya ingat dibaca dalam sekali harung ialah Cincin Permata Biru oleh Mior terbitan CESB kalau tak silap. Rasanya pada tahun 2004, Syahir rakan sehiphop saya tlah memesan supaya dibelikan buku itu yang ada dijual di kedai Ah Sang. Ianya siri yang kedua. Saya tahu buku itu tentang apa kerana pernah baca secara sorok2 semasa sekolah rendah. Sebab itu dia minta saya beli sebab kalau dia beli dan bawa balik rumah kemudian kantoi pula. Saya beli dan bila balik rumah saya masuk bilik, kunci pintu dan saya baca sampai masukwakru isyak. Dengan baju sekolah tak bersalin dan tanpa mempedulikan ketukan pintu dari luar yang melaung ajak makan, dengan peluh mengalir ke ketiak, segala pelipat, saya dibuai kisah keajaiban cincin serta penceritaan separa erotis!

Saya masih ingat beberapa buku fiksyen yang beri efek lebih kurang sama. Kasino oleh penulis idola, ya buku ini antara pemercik yang beri saya semangat untuk menulis novel. Seronok- Saat Omar, sangat humor dan dah dibaca 4 kali setakat ini. Perjalanan - Regina, lancar je buku ni. Semua buku John Grisham - apahal pawer sangat dia menulis ni??, Pengembaraan Lelaki Scorpio - Hadi M.Nor, lucu. Penghuni - Endie, sangat menantikan sambungannya, Davika- Maria Isabella, penulis kiut kottt. Buku paling terbaru Gantung 2 - Nadia Khan, lagi baik dari buku Gantung dan laaagi baik dari Kelabu (tak habis baca pun).
Tapi sebenarnya aku lebih senang habiskan buku non fiksyen. Lebih2 lagi jika ianya berbentuk autobiografi. Mengapa? Mungkin sebab ia satu riwayat hidup dan riwayat adalah satu catatan sejarah - satu subjek yang aku suka. Aku tak ingat buku pertamanya yang aku baca tetapi kebanyakan memoir pemimpin kiri sangat menarik, malah ada yang buat aku menitiskan air mata seperti buku Burhanuddin Helmi - Ramlah Adam, Khatijah Sidek - tak ingat tajuknya tapi kisah dia sedih gilaaa kot. Abdullah Hussain ada rakamkan kisah dia dalam satu cerpennya. Wasiat Zulkifli Mohamad - Mokhtar Petah, ditulis dengan kronologi berterabur tapi tulisan Mokhtar antara kesukaan aku. Pernah baca Bicara Tunas, Tunas Cipta beberapa bulan lepas oleh Wan Nor Azriq? Lebih kurang macam tu tapi bagi aku Mokhtar lebih fun, mungkin sebab dia bekas wartawan dan rapat banyak dengan orang bawahan sampai ke golongan istana.

Ghaddafi's Harem (tak ingat penulisnya). Aku masuk MPH mid valley selepas asar dan belek buku ni sampailah ke waktu kedai nak tutup. Bayangkan syok tak syok penulisan dia walaupun cerita dalamnya taklah aku percaya sepenuhnya. Pahang: A Deconstructive History - Farish A Noor, sebuah buku ilmiah. Tulisan dia dopeee giler. Mengangkat Beret Hijau - Den Comando, sedap sebab kasi insight fasal latihan komando. Semua siri Saudi - Jean Sasson, fuh aku memang layanz nii. Sejarah Perisikan Malaya- Shahirudin Ali, best gak. Dan ada beberapa buah buku lain lagi.

Pengecualian untul buku sajak sebab semua buku sajak dihabiskan dalam masa satu ke dua jam saja kemudian akan ulang baca dan ulang lagi.
Buku-buku yang kasi efek macam ni bukan sekadar melahirkan vaur perasaan malah membuatkan aku teringat dengan tepat saat aku baca buku ketika itu, suasananya, perasaannya dan ...

Comments