Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Perbualan Bersama Pustakawan Jerantut

Slogan-slogan seperti ' membaca jambatan ilmu' atau ' buku jendela pengetahuan' , seingat saya pernah saya lihat pada dinding kelas-kelas di sekolah. Saya juga masih ingat, saya bacanya, sekadar membaca begitu saja tanpa apa-apa perasaan makna kan menyusup ke telinga hati saya. Tapi seingat saya juga, saya belum pernah melihat slogan-slogan itu dicat pada dinding perpustakaan daerah saya, Perpustakaan Awam Jerantut. Syukurlah, bukan itu yang kita mahu lihat. Perpustakaan adalah tentang pembacaan dan komuniti setempat, tentang budaya dan merapat dekat untuk pengetahuan yang wajar dipupuk sejak kecil. Kata Borgess 'saya sering membayangkan syurga itu ialah perpustakaan yang dipenuhi buku-buku'. Senyap-senyap saya sangat menyetujui pengharapan ini. Hari ini saya pergi ke perpustakaan pada jam 0915 selepas terlepas bas ke Kuala Lumpur. Lalu saya mula duduk di meja dan menulis sajak kerana idea bertalu-talu datang. Sedang saya ralit

Mencatat Hal-hal Rambang

Nama penuh saya ialah Abdullah Hussaini bin Mohd Ghazali bin Abdul Ghani bin Abdullah. Selebihnya saya tak tahu. Semasa saya sekolah menengah dahulu ada seorang rakan yang dapat mengingati nama ayahnya sehingga ke generasi ke 8 di belakang! Seperti pewaris sanad, dengan lancar ia menyebut nama2 itu. Oh, saya tak sedar saya telah memberitahu kamu nama penuh saya. Saya menelanjangkan diri saya! Tapi saya rasa semua penulis begitu. Tiap pribadi dan kisah hidupnya pasti dipercik pada penulisannya. Ketelanjangan dirinya disamarkan dengan fiksyen dan rekaan. Suatu ketika saya pernah ditanya 'mengapa tak pakai nama pena?' 'Bubuhlah nama Dolah Sungai Badak ker ?' (Sungai Badak merujuk nama kampung saya) 'Pakai nama Daniel baru in'. Entah mengapa saya tringatkan satu ayat 'pemakai nama pena hanyalah orang yang mempunyai agenda2 tertentu'. Saya tak berapa ingat siapa yang menuturkan ini, tapi, kalau tak silap, ianya datang daripada penuli