Skip to main content

Posts

Showing posts from April 29, 2020

Ulasan buku Rumah Kupu-kupu

Karya terbaru SM Zakir ini diiklankan sebagai novel sepatutnya mula dijual di PBAKL tahun ini. Tapi kerana PKP, penerbi Nusa Centre membuat jualan promosi kombo di Shopee yang berbaloi. Saya habis baca buku ini dalam sekali duduk, sambil berbaring di dalam bilik berpenyaman udara dalam mengisi waktu Ramadan tempoh PKP ini. SM Zakir menulis dalam semua bentuk penulisan; novel, cerpen, esei, puisi, ulasan dan kritikan filem, budaya dll. Tetapi saya paling gemar cerpen-cerpennya berbanding bentuk penulisannya yang lain. Ada beberapa cerpennya yang melekat di kepala seperti Kraken, Cendeng Biawak, Gerimis di Jakarta dan Belati di Pasir. Malah saya lebih suka karya-karya mutakhirnya yang lebih menyerlahkan imaginasi dan fantasinya berbanding cerpen-cerpen lamanya yang banyak mengangkat idea/budayanya. Sebab itu bagi saya kumpulan cerpen terbaiknya adalah Ular Di Tilamku yang terbit tahun sudah. Kumpulan cerpen ini mampu berkitar di ruang terhad kerana imaginasinya yang menyerono