Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Bisikan Hotel Bajet

Kalau saya keluar rumah berjalan jauh, ada 4 pilihan untuk bermalam; rumah makcik saya, hotel bajet, rumah kenalan atau... bergelandangan. Tapi pilihan terakhir itu jika saya benar2 tiada duit dan baru beberapa kali saya melakukannya.
Rumah makcik di sungai buloh itu akses kenderaan awam ke tempatanya sangat mudah. Sejak kewujudan MRT (ohh Najib dan BN) . Ada sebab lain mengapa hotel bajet menjadi pilihan. Apabila kita berseorang, kita selesa dengan privasi. Saya percaya majoriti kita begitu dan saya begitu juga. Privasi adalah cerminan kebebasan yang perlu dipegang oleh siapa pun. Di hotel bajet unsur privasi, keseorangan dan sensual menyatu sekaligus. Anda boleh terlentang, makan atas tilam, hisap rokok dalam jamban, bertelanjang, keluar dan pulang sesuka hati selain layan movie atau... atau...
Ia tidak seperti bilik sewa atau menumpang di rumah pasangan. Pergerakan kita terhad atau paling tidak pun, kita merasa diawasi oleh had2 tertentu. Di ruang privasi, kita berhak menentukan …

Sepatutnya Awak Dah Mati 12 Tahun Lalu

Gambar ini diketik pada tahun 2006. Saya ketika itu duduk di asrama dan betapa entah apa-apanya peraturan yang baru berkuatkuasa ketika itu, oleh ketua warden yang baru, yang kemudiannya membuang saya atas sebab tidak kukuh dan kini dia merupakan seorang ustaz selebriti tv - mewajibkan semua lelaki yang tinggal di asrama berkepala botak. Dalam gambar ini, kawan seasrama saya semuanya mengenakan songkok. Hanya saya, yang tidak gemarkan songkok dan baju Melayu, pada ketika itu memilih untuk freehair.

Dalam gambar ini juga guru kelas adalah Cikgu Yusof. Dia mengajar matematik dan sangat anti pada sesiapa yang terlibat dengan program kokurikulum. Walaupun dia bagus mengajar tapi saya tetap dapat E dalam SPM. Sebelah beliau ialah Syafiq bin Rohimi. Dia seorang yang lemah lembut. Sewaktu tingkatan 2 dan 3 saya duduk di sebelahnya. Ayahnya seorang posmen dan badannya berisi juga.

Kali pertama saya menulis lirik rap (ada banyak lagu dan lirik) adalah ketika tingkatan 4. Saya juga telah menco…