Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

Mengenalkan Cerita dan Sayup Suara

Sejak beberapa hari lalu ketika sudah terpelanting ke dalam lubang fikiran yang saya mahu mengemaskinikan blog ini berkenaan apa yang saya kerjakan sekarang, saya masih berbelah bagi tentang tajuknya.Yang berlegar adalah; mengenalkan puisi, menunjukkan prosa, dalam sekolah sastera dan entah beberapa lagi. Sebelum isi kasar bermain-main dalam lubang fikiran tadi, biasanya saya akan menyaring idea tajuk-tajuk yang berbunyi bombastik tetapi ada kebanyakan masa ia hilang begitu saja. Hilang dihapuskan rasa rendah diri dan keriasauan yang mengucur dan menaik dalam pembuluh keyakinan diri. Perkara mustahak sebelum atau semasa menulis esei-karangan-rencana, adalah memilih idea tertepat sekali untuk dipahatkan pada tiang cerita. Memang definisi esei, karangan dan artikel itu berbeza tapi proses penulisannya tidak banyak beza, menurut saya. Yang tak kurang menjadi masalahnya juga adalah proses pengembangan idea ini. Terkadang ia kekal sebagai satu fakta atau idea saja dan sukar dile

Menjadi Guru Ganti dan memenangi sayembara.

Segalanya bermula di perpustakaan. Pada hari yang panas dan teriknya menganugerahkan peluh, saya ditelefon pejabat pendidikan dan bertanya joka saya berminat untuk mengajar menggantikan seorang guru, di sebuah sekolah menengah. Saya setuju saja sebab sudah tiga bulan tidak bekerja. Saya diminta melapor diri di sekolah seawal pagi. Saya sempat bertanya subjek apa yang saya perlu ajar. Pegawai itu memberitahu PI dan KH. Saya menggaru kepala, berfikir sama ada saya mampu atau tidak, dengan hanya berbekal pengalaman mengajar tadika lebih 10 tahun lalu. Keraguan itu menjalar perlahan tetapi saya fikir, keyakinan terlebih dulu menebar dirinya. Jadi saya bersetuju. Beberapa hari sebelum melapor diri saya telah menerima hadiah tempat keempat kategori cerpen dan saguhati kategori puisi bagi Sayembara Penulisan Cerpen Dan Puisi. Sebenarnya sayembara ini mula dibuka pada 2016, ketika penulisan saya belum mantap dan baik. Ternyata sekarang, membacanya semula cerpen dan puisi itu di dalam antolog