Skip to main content

Posts

Showing posts from May 30, 2018

Kritik Buku ITBM: Kumpulan cerpen Song of September

Tajuk : Song of September Penulis: Malim Ghozali PK Penerbit : ITBM Tahun : 2017


Kalau kita membaca biodata Malim Ghozali PK yang terdapat di laman web atau majalah, dituliskan beliau menulis dalam hampir semua lapangan kreatif sastera. Baik novel, cerpen, puisi, esei atau kajian sastera. Malah di youtube juga terdapat klip video lagunya yang menarik selain bacaan-bacaan puisi. Tapi disebutkan juga kepakarannya lebih menumpu kepada novel dan cerpen. Pendek kata, prosa moden. Bagi saya jika dibandingkan antara novel dan cerpen, saya percaya Malim Ghozali PK jauh lebih bagus dalam penulisan cerpennya.
Sasterawan Negara Dr Anwar Ridhwan, dalam prakata salah sebuah buku kumpulan cerpen Malim Ghozali PK ada menyatakan yang " Malim memiliki kebolehan bercerita yang lincah, menguasai nama-nama flora dan fauna serta pandai menarik pembaca keluar masuk ke dalam kenangan" . Hal ini tepat apabila kita membaca cerpen-cerpennya di dalam kumpulan cerpen Song of September ini kesemua ciri…