Dulu2 aku nie peminat ideologi Sosialis. Time tu aku tingkatan 4 aku dah mula mencari maklumat berkenaan sosialis. Aku berminat dengan Fidel Castro, Che Guevara hinggalah tokoh2 di Malaysia macam Ahmad Boestamam dan Pak Sako. Aku slalu tgok history channel kat Astro dan ade dokumentari berkenaan Fidel dan Cuba. Ak tertarik sangat tang cerita yang dia sanggup rampas n beratus ekar tanah famili dia sendiri untuk diagihkan pada rakyat, dia bantu Angola, menghantar ramai doktor dan pekerja sosial ke luar negara. Paling hebat cara beliau tangani masalah ekonomi ketika berhadapan masalah sekatan ekonomi oleh Amerika,. Sewaktu aku di tingkatan enam dalam kelas aku hanya ada 4 orang pelajar lelaki. Kelas aku ni istimewa sikit sebab pemikiran politik kami tak lesu. Kami selalu membincangkan mengenai politik malah aku selalu bawak Harakah pegi kelas. Namun hanya aku dan seorang kawan aku aje yang menyokong pembangkang.Aku sosialis dan kawan aku tu Pas. Pernah satu ketika aku sorang sa...