Skip to main content

Posts

Showing posts from November 11, 2017

Dalam Satu Duduk

Bila kali terakhir anda duduk dalam satu masa dan menghabiskan satu buku tanpa berkerak ke mana-mana? Atau buku yang kali pertama anda baca seperti kedudukan ituw?
Saya ingat bacaan terawal saya ialah majalah Ujang. Kalau buku ianya bahasa inggeris, The Elephant Man. Saya tak perlu merujuk kamus kerana bahasanya mudah, disertai glosari dan tipis. Tapi kalau buku bahasa melayu ianya sudah pasti... err banyak. Mungkin Kai Di Lembah Urda, Hikayat Bahtera Raja Donai, siri khalifah Islam, atau Hikayat Amir Hamzah yang mana semua ini dibaca ketika sekolah rendah.
Kemungkinan buku yang paling saya ingat dibaca dalam sekali harung ialah Cincin Permata Biru oleh Mior terbitan CESB kalau tak silap. Rasanya pada tahun 2004, Syahir rakan sehiphop saya tlah memesan supaya dibelikan buku itu yang ada dijual di kedai Ah Sang. Ianya siri yang kedua. Saya tahu buku itu tentang apa kerana pernah baca secara sorok2 semasa sekolah rendah. Sebab itu dia minta saya beli sebab kalau dia beli dan bawa balik…