Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Kepanasan bulan puasa.

Setiap kali bulan puasa pasti saya menemui pergaduhan di depan mata. Dua tahun lepas, dua orang pekerja Bangladesh di suatu sudut dekat Jalan Esfahan, saling memaki sebelum tangan masing-masing naik dan menyentuh pipi, dada dan perut. Pelepap pelepap pelepap; jelas kedengaran kulit berlaga kulit, desisan kecil dan rengusan nafas amarah. Saya yang kebetulan berada di antara mereka, sempat menenangkan dua orang itu yang kemudiannya masing-masing berdarah di hidung.Semalam di surau IPD Dang Wangi, seorang lelaki Arab sado bising-bising, menggawangkan tangan dan melurus telunjuk kepada seorang lelaki tempatan. Kebisingan itu berhenti sewaktu sembahyang maghrib. Mereka bergaduh mulut semula ketika mengambil hidangan berbuka. Si Arab makin melengking suaranya, dan menyebut fuck. Ramai yang menyalahkan si Arab sebelum menghalaunya keluar dari majlis berbuka puasa itu. "I am not Arab. Yes i am Muslim. In fact i learn Koran dan Shariah better tahn yours!" saya sempat dengar makiannya…