Sunday, November 3, 2013

Hidup pakai ilmu

Kalau hidup sekadar hidup,
Babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar kerja,
Kera di hutan juga berkerja.

'Buya Hamka'

klu hidup ni senang srupe tek yoh blajo weeeh

tapi aku tgh susah ni keyboard  plak rosak. tulis pki onscreen

Thursday, September 26, 2013

Antara dua Lan

Dengan tak semena2 YB jerantet mencabar bosnya Ku Lan.

Ramai ke hok menyokong dia ye?

Ramai menjangka ku Lan akan kekal.

Kerusi timbalan 50-50 jugek.




Patetnye Hj Nazlan btanding timbalan atau naib, tapiii.. entohler,,

Dia buat gitu mesti la ade hok menyokong dia juge kan.



KAN LAGI BAIK KALU DIA TAK BTANDING JWATAN TU.

Tapi sebenonye lg baik ame ku Lan undur diri secara terhormat.
hmm.

Thursday, July 18, 2013

Siapa pon ada masalah. Tenang.









Tatkala di tengah keramaian org

sewaktu kerja membanting tulang

sambil memegang tafsir alQuran

pikiran tiba2 melayang

Sedang keluh kesah..

memikir masalah

adik nk bhenti sekolah

kita duit tak ada

bapak sepluh tahun  sekali baru nampak muka

duit jangankan nak dirasa

bau pun susah


disapa lah oleh si pakcik

'knapa tmenung jauh nak'

'masalh pak'

'semua pun ada masalah, nabi dulu pun ada masalah'

Aku terkasima,

lalu ku tatp tafsir, ku baca dan fahamkan ia..

ya, semua orang punya masalah.


Aku cuba optimis dan positif.










Thursday, June 27, 2013

Ku Lan atau Cikgu Lan , yang mana satu lagi baik.

Praya dah pun habih, MP dah stat berbahas . Tak lama lagi macam2 gelagat la yang akan kita tengok. Nanti PRK plak kt Tganu. Nampok gaye ckp2 psl politik tak surut2 jugek la.

Orang de Jerantet nampoknye masih selesa dengan Umno utk trus meneraju parlimennya. Sedikit sebanyak harap kebaikan atau jasa yg ditinggal oleh TS Ku Lan akan terus dikesinambung oleh yb baru kite ni.


Baru2 ni ak ade nk uruskan hal mak aku, kna mntk tnda tangan wakil rakyat, pegi pjabat Lau lee, hampeh. Tutup.



Pegi la pjbt Ckgu Lan, nseb baek bukok. Jmpa la dia, elok je nampok mesara la. Esoknya balik Kl, Jumaat de masjid S.Abu Bakar, Bangsar. Tak sedar de sebelah Ku Lan. Terus tgur.
Lpas habis wirid dia mnta diri 'slamat berpuasa katanya'. Ku Lan nampak mesra, mcm dulu2 mase jma kat pejabat dia.

Harapnya yb baru ni dpt mengetengahkan isu penting2 utk Jerantut ni. Macam

  1. Coverage internet, tv di kampung2
  2. Jalan Benta-Jerantut hak baru
  3. Harga rumah yang tinggi
  4. Peluang pekerjaan
  5. Dan banyak lagi

Tuesday, April 30, 2013

Ada chan lagi la MCA menang di Damak.

Kecoh, serabut, tu je yang dapt menggambrkn situasi di dun Damak.

Bila calon parlimen Pas seolah2 menyokong Cikgu Koh (bebas).

Dr jamaluddin guane?

Dkt media ckp suruh undi calon pakatan.

Cerita sebenar di Dun Damak, Jerantut

Tapi belakang ..

Photo
Mesra dr hamzah bkempen bsama ckg koh.

Dah ade cakap2 dari ahli Pas sendiri yg sebar mnta undi calon bebas.
Sedih la ustz jamaludin gitu.

Klu ikut pimpinan pr tertinggi, mereka mnta undi calon pkr.


klu pimpinan pas jerantut masih wala pada pemimpin kenala skong pkr kan.

macam mana ni ye?


Apsal org pas bnyk sruh undi bebas?



Mugkin sbb sblm ni ckgu koh mmg bnyk terlibat dlm program bsama dr hamzah.


Mungkin sebab Pkr Jerantut memang dah tak kuat?




Nampok gayannya Datuk Lau lee ade chan menang lagi la ame haru gini.

hahaha.

Tuesday, April 16, 2013

Kalau calon Dun Damak bukan Datuk Lau Lee?

Rupe2nye hanya calon parlimen Jerantet je muke baru, hok laen smua kekal yek.

Kalo Lau Lee menang lagi doh 3,4 penggal lah die jadi Adun.
Dulu waktu pru 11 2004 org2 DAP hok bekempen sebuk sebor crite ame Lau Lee menang die dapt jadi Eksko .




Last2 tok jadi jugek.
2008 pulok calon bebas (bekas ahli Mca) bkempen kemain jugek, shari sebelum mengundi tetibe je dpt kertas kempen mencerite hok Lau Lee ni banyok tanoh, syarikat dll. Tau la bete ke dok.
Last2 menang jugek die. Ame Mat Nor Jaafar tak btanding tu rasenye Cikgu Koh ade can menang.




MCA Jerantet tekdeh calon muke baru ke yek? hok fresh2 sikek.
Patetnye bagi aje TS Ong Tee Keat tanding de Damok te.

Datuk Seri Ong Tee Keat

haha




Selamat Mengundi.

Tuesday, February 19, 2013

Teori konspirasi politik Neo-Ketuanan Melayu

Salam.
Dah lama benar tak update blog ni, almaklumlah sekrang praktikal, hujung minggu buat part time. Kesudahnya memang jarang melayari internet.

Kalu warga KL perasan kt sekitar KL tu sekarang penuh dengan bendera2 dan poster parti BN dan PR. Demam pilihan raya yang dijangka akan berlaku pada mac atau april kian terasa.

Dalam pada tu aku perasan kawan2 terdekat aku dah mula ada kesedran nak ambil tahu pasal politik. Mereka mula view utube dan tonton video2 Anwar. Aku kira PRU kali ni undi mereka mungkin untuk PR.

Pelbagai cerita aku dengar, gosip tentang politik. Bermula dari ideologi, manifesto hinggalah kepada peribadi seseorang pemimpin. Dan tentunya aku dengar dari kedua2 belah pihak. Yang penykong kerjaaan dan yang menyokong pembangkang.


Paling menarik ialah satu teori yang dikemukakan oleh 'Brother'. 'Brother' merupakan gelaran yang diberikan oleh kawan2 aku kepada seorang kawan aku ni. tentulah sebab dia lebih tua dari kami, hehe. Antara teori yang dikemukakan ialah :
  • Kejatuhan Anwar adlah dirancang bersama Mahathir. Mereka pura2 tak sefahaman
  • Tujuan mereka 'berlakon' berseteru adalah supaya kuasa politik sentiasa di tangan Melayu sebab itu Anwar ketua pembangkang.
  • Ini juga supaya Umno kekal lama memerintah dan memastikan pembangkang tak naik2 (Anwar kan org Umno asalnya)
  • BN sebenarnya boleh menang lebih kerusi pada pru yg lalu tetapi sengaja 'kalah' kpd negeri kepada pembangkang untuk meredakan kemarahan rakyat kerana dikhuatiri jika mereka kekal menang besar rakyat akan membuat revolusi.
  • Kerusi Lembah Pantai sengaja 'dimenangkan' untuk anak Anwar



Agak2 logik tak teori ni? hehehe

Monday, January 7, 2013

HKR .. Booooommm

Salam alaykum.
Bismillahitaala.




PDRM SUDAH LULUSKAN perhimpunan terbesar Abad Ini di KL, HKL#112, pada hari Sabtu 12/1/13 bermula jam 2.00 ptg - 5.00 ptg seperti dinyatakan Pengerusi nya, Mohamad Sabu:

"OCPD (Ketua Polis Daerah) Dang Wangi (Zainuddin Ahmad) menghubungi saya tentang ini… polis dan kami sekarang ini sedang menunggu kelulusan pihak stadium. Selepas itu kita akan terus berunding dengan pihak stadium untuk menjaga keamanan dan (Datuk Seri) Rais (Yatim) amat ketinggalan zaman.”





Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya tidak akan campur tangan atau mengadakan perhimpunan lain bagi menyuarakan bantahan terhadap perhimpunan itu kerana kehadiran Perkasa hanya akan mengeruhkan keadaan.








Perkara dan khabar angin ini sudah merebak dalam kem-kem Polis dan juga kem Kementerian Dalam Negeri sendiri, di katakan turut hadir sama pada petang hari sejarah anak muda itu adalah bekas orang nombor 3 dalam Polis dan bekas Pengerusi SPR sendiri.
Bekas ketua polis negara ini juga di katakan akan bersama sama dengan rakyat dalam kempen kebangkitan rakyat untuk menghumban Barisan Nasional yang selama ini mengganggu tugasan polis serta membuat pelbagai arahan yang tidak sepatutnya kepada pihak polis yang di paksa bekerja untuk umno.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ratings and Recommendations

Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Jobdirumah