Kredit gambar : appreciategood.com |
Ada banyak kisah tertinggal di balik longkang Padang Hiliran, kuih kasidah Cabang Tiga atau kafe siber hingar di Losong Haji Su.
Kuala Terengganu iv
kota kelahiranku
kucintaimu:
kucintai
selonggok ketenangan
tertanam dalam
perut siput
terbenam dalam
rambut lumut
kucintaimu:
kucintai
selonggok ketenangan
tertanam dalam
perut siput
terbenam dalam
rambut lumut
serpihan sajak kuala terengganu iv- Pemburu Kota 1973, T.Alias Taib.
Selepas habis STPM aku terus berangkat ke Kuala Terengganu, tinggal bersama makcik di Cabang Tiga. Asalnya aku nak kerja ikut pakcik aku, di Pulau Perhentian. Tapi tak ada kerja kosong masa tu lalu berminggu juga aku melopong sebelum akhirnya aku mula bekerja di sebuah kedai perabot Ow Chay Ming. Kedainya terletak betul-betul di simpang tiga, berdekatan pasar besar Cabang Tiga bersetentang Warung Norazila yang terkenal itu.
Tahun 2008 juga berlakunya pilihanraya kecil KT. Calon Pas ketika itu Mohd Wahid Endut melawan calon BN, Dato Wan Ahmad Farid dan tak semena-mena Nenek Mun ikut bertanding sama (kalau tak silap aku lah).
Ow Chay Ming seorang yang kurus, tinggi lampai tapi sedikit bongkok. Rambutnya beruban dan kulitnya lembik ketenyeh serta berbintil - semacam berayun bila ditiup angin. Dia melangkah perlahan seperti menyeret belenggu besi terikat pada kakinya. Isterinya selalu memakai seluar 3 suku, rambut pendek keriting dan kalau bercakap agak nyaring suaranya.
Gaji aku masa itu 15ringgit sehari. Aku berjalan kaki dari Cabang, rumah makcik yang terletak di tepi jalan berhampiran Pasti Almawaddah yang setiap hari Jumaat ada ustaz Azhar berceramah. Berdepan rumah sewa makcik aku yang berkayu tingkat atas itu adalah masjid Syed Tokku Paloh. Semasa kempen PRK aku ada jumpa adun semantan dari temerloh, Syed Mohd. Mesra orangnya bila aku tegur terus keluar loghat Pahang.
Ada 4 pekerja lelaki dan 2 perempuan di kedai Ow. Pokmi yang kurus keris dan berkacamata, Azman yang bercakap kekadang campur slang Johor, Mie (di kerja waktu malam saja macam partime siang kerja sebagai jaga) dan aku yang ketika itu berat 95kg, berambut panjang dan ada misai serta jambang. Dan ada dua pekerja perempuan lain iaitu Za dan Kak Ina. Pokmi selalu mengutuk Azmi. Di belakangnya pokmi memanggil Azmi sebagai 'tangang berbulu' sebab memang tangan dia berbulu lebat pun. Dan dia juga suka mengular serta merungut bila Ow suruh dia buat kerja. Ini jauh berbeza dengan Pokmi yang rajin dan menurut perintah. Azmi bila tahu aku dari Pahang, dia tetiba tukar loghat. Dia kata dia pernah kerja di Singapura dulu kemudian di JB. Bila duit dia dah cukup dia balik KT dan kerja di kedai Ow. Tangang berbulu ni tak suka minum ais dan minuman kegemaran dia ialah sirap bandung panas.
Za pula sering pakai baju ketat dan jeans, yang bila dia mencangkung untuk membersihkan perabot, aku ternampak spendernya yang bertahi lalat. Za bertugas sebagai kerani. Dia ada telefon bimbit tv yang agak trend ketika itu. Pokmi ada cerita yang sewaktu muda dulu dia kerja sebagai pemandu lori balak. Mie pula aku pernah jumpa sekali saja sewaktu kami sama-sama antar perabot ke Pulau Duyung. Dia nasihat aku "jangan hisap Gudang Garam. Panas tu" . Kak Ina pula sudah berkahwin tapi senyumnya sangat manis.
Ow sering panggil aku awang. Oh, dia ada dua kedai, satu lagi di bangunan kedai tiga tingkat Pulau Kambing. Jaraknya tidak jauh dari Cabang Tiga, cuma 2km saja. Kadang-kadang aku ditugaskan di Cabang Tiga kadang-kadang di Pulau Kambing. Di pulau Kambing bertentangan kedainya ada deretan gerai kayu yang buruk dan rebeh dindingnya. Salah satu kedai itu ialah kedai roti. Menjelang tengah hari bau roti jagung semerbak. Orang ramai beratur membeli dan aku selalu juga diminta isteri Ow untuk beli roti jagung serta cendol yang dijual kereta sorong berdekatan. Perihal kedai ini aku rakamkan dalam novel aku yang akan datang.
Tidak lama kemudian makcik aku berpindah ke Padang Hiliran. Ianya tidak jauh dari Cabang Tiga. Kami menyewa di sebuah rumah banglo tingkat bawah. Tinglat atas diduduki keluarga tuan rumah. Aku masih ingat Cikgu Karim yang suka lepak di balkoni, petik gitar sambil isap rokok daun serta suara-suara kersik-dalamhalusnya, isterinya yang baik hati, Kak Zah serta dua anaknya, Soleh dan Izah.
Aku sengkek ketika itu. Gaji sikit dan hisap rokok daun setiap hari. Aku kerja setiap hari kecuali jumaat. Aku memasang almari, meja, kerusi, angkat dan hantar barang ke Kuala Berang, Jertih, Besut, Marang dan beberapa tempat lagi. Terkadang aku kerja sampai lewat malam. Tapi kebanyakan hari aku selalu masuk lewat. Paling lewat setengah jam. Ow tak pernah marah aku. Aku ada buat rosak barang. Dia tak marah. Aku datang lambat dia tak marah. Dia cuma potong gaji hahah.
Selepas keputusan STPM keluar aku masih bekerja dan setelah keluarga di kampung suruh aku pulang untuk ambik slip barulah aku balik Pahang. Denga pointer rendah aku ingat aku tak dapat sambung belajar dah. Rupanya ada rezeki di uitm. Orang yang mencadangkan perihal ini ada dua iaitu Anas (pengurus tourism berjaya sekarang) dan Cikgu Asri (guru kelas ting 6 dahulu).
Aku balik ke KT semula untuk urusan adik aku (adik aku pindah skolah ke KT) dan bertemu Ow. Dia gembira bila dapat tahu aku masuk u. Pokmi berpesan "awang mung dapat pluang ngaji ni, ngaji bbetul. Jangang jadi supe pok ni. Kije berat, penat2. Letih. Orang pandang hina se, pitih sikit se lagi. Ingat awang."
Semasa aku di semester dua aku ternampak dalam berita, Cikgu Karim diiringa-gari polis. Dia tersengih berhadapan kamera. Pertuduhannya ialah mengedar ganja.
***
Kali pertama aku membaca cerpen AK Kelana ialah di BH. Dan sajak dia yang memerihalkan seorang tua antara pembuka mata aku untuk membaca sajak, mencambahkan minat. Ketika pbakl aku membeli Pemburu Kota. Aku baru perasan T.Alias Taib rupanya dari Terengganu. Hanya satu sajaknya, membuat aku mampu tulis sajak yang tersiar di BH Ahad dan Selangorkini dalam masa yang sama! Kini sajak AK semakin matang, ada identiti yang lebih kukuh.
Aku merancang untuk mengumpulkan sajak-sajak aku dan menajukkannya sebagai Balada Kota Subuh dan hantarnya ke penerbit tahun hadapan. Nama ini dah stuck sejak sebulan lalu dalam kepala aku. Semalam aku belek ig Fahd Radzy. Ada gambar buku dia, Kota Subuh. Aduii. Oh, Dr Fahd juga orang ganu kite.
Ada banyak hal dan cebisan pengalaman aku nak tulis fasal terngganu. Cikgu Karim adalah individu sebenar, nama benar dan sekarang sudah bebas dari tuduhan. Kadang2 bila aku tengah sengkek aku hisap rokok daun tembakau kuda. Aku akan ingat kata2 anak Cikgu Karim, Izzah " uuu jahak abang ni isak rokok daung dengang coklat heck"
Kejap, sajak mana ni? Uhuks.
ReplyDeleteFahd Razy, Muziru, Tuah Sujana(sekarang hiatus), antara penulis muda dari Terengganu yang terjun ke sastera. Saidee Nor Azam ada... novelis seram.
Oh, ada lagi penulis Terengganu sezaman dengan T. Alias Taib: A. Wahab Ali, Hilmi Rindu, Wan Ahmad Ismail.
Sajak dalam tc atau d.siswa. aku pun tak ingat.
DeleteOh jangan lupa Fahmi Mustafa juga. Haha.