Skip to main content

Posts

Showing posts from October 10, 2018

Menjadi Guru Ganti dan memenangi sayembara.

Segalanya bermula di perpustakaan. Pada hari yang panas dan teriknya menganugerahkan peluh, saya ditelefon pejabat pendidikan dan bertanya joka saya berminat untuk mengajar menggantikan seorang guru, di sebuah sekolah menengah. Saya setuju saja sebab sudah tiga bulan tidak bekerja. Saya diminta melapor diri di sekolah seawal pagi. Saya sempat bertanya subjek apa yang saya perlu ajar. Pegawai itu memberitahu PI dan KH. Saya menggaru kepala, berfikir sama ada saya mampu atau tidak, dengan hanya berbekal pengalaman mengajar tadika lebih 10 tahun lalu. Keraguan itu menjalar perlahan tetapi saya fikir, keyakinan terlebih dulu menebar dirinya. Jadi saya bersetuju.Beberapa hari sebelum melapor diri saya telah menerima hadiah tempat keempat kategori cerpen dan saguhati kategori puisi bagi Sayembara Penulisan Cerpen Dan Puisi. Sebenarnya sayembara ini mula dibuka pada 2016, ketika penulisan saya belum mantap dan baik. Ternyata sekarang, membacanya semula cerpen dan puisi itu di dalam antologi …