Skip to main content

Posts

Showing posts from September 7, 2015

Dua malam di Hatyai.

Entri ni duduk dalam draf beberapa tahun lalu. Baru hari ni tergerak hati nak kemaskini dan post. salamualaikum dan sawadeekap.. hah. Cerita ni dah dekat dua minggu lepas, baru hari ni aku nak update. Semuanya tidak dirancang dari awal. Asalnya aku nak pergi australia. Ianya selepas aku dapat tahu yang seorang kenalan aku pernah kerja kat sana.  Kutip buah2 tu je. Tapi gaji dia masyuk. Setelah bersoal jawab cerita segala, aku dapat tahu kos nak pergi ke sana dekat 5k jugak. Cuilakak, aku cek akaun aku... Alahaiii... tinggal 2k je.  Aku agak kecewa sebab tu salah satu wishlist aku untuk tahun ni. Ni semua gara2 shopping punya pasal la ni. Satu hari selepas tu aku pergi KL sentral. Aku ternampak peta route jalan ktmb ke Hatyai. Eh, aku baru perasan ada keretapi terus ke sana rupanya. Aku terus buka phone dan search pasal backpackers  yang pergi ke Hatyai. Mak aih... cam best, kos pun tak sampai lima ratus. Keesokannya aku pun membeli tiket Ktmb untuk ke Hatyai bertarikh...