Skip to main content

Posts

Showing posts from February 2, 2018

Merenung Ke Luar Tingkap

Saya ada tulis satu sajak mengenai tingkap yang saya fikir mencakupi aspek perghargaan, kenangan, perspektif berbeza dan fungsi tentangnya. Saya siapkannya ketika berada di dalam MRT dari stesen Muzium Negara menuju ke Sg Buloh, beberapa bulan sudah. Waktu itu pagi, hujan gerimis dan tidak ramai di dalam koc. Mrt melepasi stesen Semantan tatkala saya menyudahkan perkataan terakhir pada sajak itu. Tapi, belum saya siarkan di mana-mana.



  Tajuk entri ini sedikit sama dengan lirik awal lagu Apa Khabar oleh Joe dan Sonaone. Cuma lagu itu bukan sebut tingkap tetapi jendela. Serasa saya tak ramai orang menggunakan jendela dalam perbualan seharian. Namun, sebutan jendela kedengaran lebih puitis untuk digunakan dalam penulisan terlebih lagi puisi. Cuba kalau awalan lirik lagu korus itu berbunyi 'merenung keluar tingkap', pasti terasa janggal sebab tak memenuhi harakat dek suku katanya dan kedengaran... tak best. Sudah tentu saya panggil tingkap.    Rumah saya sekarang pesen lama t…