Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Internet berkelajuan tinggi ? orang bandar Jerantut mungkin merasa la.

Slam alaykum, Bismillahitaala. Mana Nak dapat line 3g kat kampung aku tak merasa lah kan. Ap ni? mana bukti usaha ke arah itu terutama di kawasa kampung sekitar Jerantut? Kat Jerantut ada berapa banyak ye pusat ni? Orang2 Jerantut yang kuat menyokong PM ni kekadang, aghh bukan kekadang tapi selalu terasa dengan apa yang berlaku di sini. Kalau negeri2 pembangkang tu dapat banyak kemudahan sebab nak tarik hati rakyatnya tapi tiada apa sangat perubahan de sini. Bayangkan anjakan perubahan ekonomi di Jerantut kalau semua celik internet.

Cliche DAP : Mentaliti yang tak berUBAH ?

Salam alaykum, Bismillahitaala. Meneliti keputusan pemilihan Jawatankuasa Pusat Eksekutif DAP dapatlah dirumuskan betapa perwakilan atau sebahagian besar ahli2 DAP masih dibelenggu kotak pemikiran lama. Tanpa satu pun ahli Melayu yang terpilih secara undian di pemilihan tersebut menunjukkan betapa tiada perUBAHan besar dalam mentaliti ahli DAP. Bukan ingin bersikap rasis, tapi pada pendapat aku lah kalau benar hendak menjadi parti multiracial sepatutnya peninjolan ahli dari kalangan Melayu itu perlu.  Perwakilan nyata masih bersikap stereotaip terhadap kredibiliti ahli Melayu DAP yang nyata telah berhelumang lama dalam DAP seperti Ahmad Ton , Zulkiflee Noor dan Harun Ahmad. Aku boleh katakan 3 orang ni antara veteran DAP, sentiasa kekal berjuang bersama berbanding yang lain. Ahmad Ton, veteran Melayu DAP Johor.  “What is DAP? What is Malaysian Malaysia? If they are still holding the dream of one Malaysia race, such trend is not good for the future,” he said. Mungki

Academic Visit to Terengganu

Salam alaykum. Bismillahitaala. Last Friday on 7 Dec 2012 my class and to others comprise of more than hundred had visited UMT Library (Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah) and Terengganu State Public Library. Our main purposes of visits is to increase our knowledge regarding Library Automation development in both library. We departed from campus at 9.00 am and arrived at 1.00 am. Goshh it was such a tiring trip. Due to bus problem we couldn't arrive at exact time. Beside the driver do not know the alternative route to K.Terengganu. First night at KTranung   Receive a warm welcome by the Liaison Librarian. At PSNZ most of the management team there are our faculty alumni. They're proud as our visits were accompanied by their former lecturer which is En Azmi. They explained about the development of digital collection, digitisation process and materials in their library. They stated that this library are focusing on maritime and aquaculture fields. On the even

Adakah semua orang nak jadi Anwar sekarang ni?

Bismillahitaala. Perhimpunan agung UMNOOOO kali ni aku tak pegi, agak bizi tambah lagi hujan. Tahun lepas sempat juga pergi tapi tahun ni tidaklah nampaknya. Tapi sempat juga menonton di tv. Tangan main peranan tau. Pak Jib bukan maen semangat berucap, muhyiddin dan semua oranglah. Berucap nya berapi2 lah orang kate. Perasan tak sejak lepas 2008 semua orang besar Umno berucap mesti dah ada style, semangat dan gaya pidato ala2 Anwar? Dan tak lupa ulamak salafis, AlFadhil Fathul Bari. Eh dalam Umno ni krnapa tak disatukan aja semua badan agama Islamnya? Haram, haram, haram. Sesatt  Ada ILMU, ada Biro Agama pmuda lagi pastu tetiba ade Majlis Ulama Veteran. Cuba satukan aje kan senang. Agak2 ade konflik tak antara mereka? Maklumlah Fathul kan berfaham Salafi mesti tak ngam ngan  Prof MND . Hahuhua Yang ni Prof Md nor deris mst suka Haha, cuba bandingkan gaya Dr M or Pak Lah berucap? boleh tetidor maa. Ehh tido dulu la, semalam dok layan EPL tau. Hehe.

Jerantut : Adakah faktor migrasi mempengaruhi kadar populasi ?

Bismillahitaala. Berbicara mengenai Jerantut, sebuah bandar yang berpenduduk seramai 88037 dengan seramai 4157 orang adalah warga asing (berdasarkan bancian Jabatan Perangkaan Malaysia, boleh rujuk http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/04Jadual_PBT_negeri/PBT_Pahang.pdf). Daripada jumlah keseluruhan penduduk hanya 9747 orang sahaja yang berbangsa Cina. Kalau kita ke bandar Jerantut sebahagian besar perniagaan, bangunan dan perumahan adalah milik kaum Cina. Taburan Penduduk kaum Cina yang ramai dapat dilihat di Sg Jan, Sg Lekuk, taman2 perumahan sekitar Jerantut dan sekitar Pekan Damak. Berbanding bandar lain seperti Kuantan (427515 ), Temerloh (158724), Pekan (103839), Maran (111056),  Rompin (109599), Raub (91731) dan Bentong (114397) Jerantut boleh dikira berpenduduk sedikit.  Kalau Kuantan sebagai ibu negeri tidak heranlah ramai orang di situ. Dengan status ibu negeri semua pejabat pentadbiran bertumpu disitu. Dengan ada lagi pelabuhan sert

Al Fatihah ; perginya Almarhum Abdullah Harith

Bismillahitaala. Pada 20 November 2012 yang lalau pergilah sudah adik aku, Arwah Abdullah Harith menemui Rabbnya. Tangis hiba sedih tak terkira. Ketika dapat panggilan aku berada di Shah Alam. Sampai di kampung sudah selesai pengebumian. Aku sedih kerna tak dpt menatap wajah terakhirnya, sedih sungguh. Takpalah, aku cukup yakin Allah Maha Besar lebih sayang akannya. Alhamdulillah arwah pergi dalam keadaan baik. Tiada aib dan tiada sebarang cerita yang tidak elok didengar. Seminggu sebelum meninggal aku sempat pulang ke kampung dan bertemu arwah. Seminggu sebelum dia pergi menurut nenekku dia banyak berubah. Setiap hari dia solat di masjid. Dia lebih banyak mendalami ilmu2 agama. Cerita nenek dan kawan2nya sebelum pergi arwah sempat meminta maaf pada setiap orang yang ditemui. Arwah juga ada berkata sehari sebelum ia pergi " esok aku nak meniggal dah, mati eksiden". Tak sangka dia memang betul2 pergi. Pemergiannya memang terasa, ramai orang yang tak percaya. Nenekl

Fitnah besar-besaran : Palestin dan kelesuan ummah.

Bismillahitaala. Fitnah yang sdisebut dalam sebuah hadis Rasulullah adalah lebih kepada malapetaka/musibah yang menimpa umat Islam akhir zaman bukan maksud fitnah seperti yang kita orang Malaysia biasa faham. Apa yang berlaku di Palestin seprti kita semua umat Islam maklum berpunca dari pelbagai sebab. Antaranya adlah perpecahan. Sebab itu Rasulullah pernah bersabda pada akhir zaman umatnya ramai tetapi seperti buih di lautan. Maknanya ramai tapi tak berpesatuan. Ketika keruntuhan pemerintahan Daulah Islamiyyah yang berpusat di Turki, pengaruh Barat yang mencengkam pemikiran orang Islam seperti Mustapa Kamal Attartuk telah menyebabkan kepada keruntuhan umat Islam. Rasa ingin merdeka serta semangat assobiah melampau juga mengakibatkan kepada keruntuhan pemerintahan Islam ini. Malang kerana umat Islam sibuk bertelingkah sesama sendiri sehingga kemajuan teknologi yang asalnya dipelopori oleh ilmuan Islam telah dipintas Barat. Barat muncul dengan ciptaan2 baru serta falsafah ya

Setiap Hari

Setiap hari adalah pergelutan. Setiap jam yang menyeret detik dan saat adalah perlawanan.  Saya bergelut dengan tujuan dan berlawan dengan sebab-akibat. Bergelut dengan makna rohani diri dan tujuan kewujudan. Saya bertanya dan menyoal kepada ruang kosong dan gema itu melantun semula, keras ke muka dan memanjat leher, bahu, kening sehinggakan tubuh ini hampir lelah. Saya berlawan dengan krisis. Tiap hari saya bangun dan ingin membunuh diri. Kemudian mengubah keinginan. Saya mahu membunuh orang. Bukan bunuh binatang. Tidak. Mencekup, mencekik, menghiris, merodok diiringi kemarahan yang memeluwap di kepala, tangan dan dada tanpa mau memikirkan pasca perlakuan itu. Gigir bergemertap, urat dahi terkenyat dan darah... darah terasa hangat bak lava gunung berapi. Setiap malam saya ditepi tingkap, berdiri merenung keluar melihat laman sunyi dan gelap pekat merayap di udara. Saya ingin bunuh diri, membunuh, memusnahkan segalanya, dan selepas itu menangis semahunya. Seperti kata penyair2 : 'h

Tentang US Election

Bismillahitaala. Tahniah Obama. Tapi kemenanganmu tak memberi arti besar sebenarnya buat umat Islam. Mana janji2 mu sebelum ini nak undur tentera tapi masih ada kat Iraq,Afghan,Libya dan banyak lagi. Kau menjajah bumi Islam atas nama demokrasi. Kau ratah hasil bumi Islam. Kau bom sampai kering,tandus ibarat padang jarak padang tekukur. Tentera kau sesuka hati membunuh, merampas kemuliaan umat Islam yang telah kau jajah. Sedang Islam dihina sedemikian kau berpura mesra dengan ayat2 manis serta janji kosong. Memang retorik semata. Kini Sandy pula datang mengamuk. Ya Rabbi, adakah ini balasanMu? Aku copypaste satu post oleh satu group kat facebook,  Ahlul Sunnah Page . Jom hayati. PLEASE READ AND SHARE  "THE LESSER OF THE TWO EVILS" Peoples perception of things play huge impact on how they react to them, when you take this into account and you look at each case objectively and you study all its dimensions you realize that the "lesser of the two evi

Surat khabar;kerelevenan pada masa kini.

Membaca surat khabar di pagi hari merupakan salah satu kegemaran aku. Sambil menghisap rokok dan menghirup secawan teh, memang terasa enak sekali. Hendak pula kalau di waktu pagi hujung minggu. Terasa kelainannya daripada duduk saja di rumah bermalas-malasan di atas katil. Surat  khabar aku kira masih lagi memain peranan tersendiri pada zaman sekarang. Media alternatif seperti blog, youtube dsb.. masih belum dapat menggantikan peranan surat khabar. Kata lah apa saja,  internet sebagai medium baru berita atau berita maya sebagai pengganti bahan bercetak namun tak dapat di nafikan surat khabar masih punya value  tersendiri. Menurut beberapa lecturer aku, antaranya Dr Wan Abd Kadir; peranan surat khabar tetap penting. Keseronokan membaca dan membelek bahan bercetak tak mungkin dapat dibandingkan dengan sekadar membrowse di ipad atau latop. Apapun lain orang lain citarasnya. Berdasarkan pemerhatian aku anak remaja sekarang kurang membaca bahan bercetak. Mereka lebih suke membacanya

Jiran Gedik

Ajim berasa letih. Letih sangat. Hari ni kelas full. Pagi kelas Pendidikan Islam, tengah hari tadi kelas Bahasa Mandarin baru tadi pkul sembilan dia habis kelas Fundamental Science. Pehh memang penat. Sebab tu la Ajim benci hari isnin,  monday sickness gitu. Tapi apekan daya. Hidup sebagai pelajar memang la gitu. Penat sekarang, senang kemudian hari. Sampai-sampai blik je terus dilemparkan beg galasnya yang sedari tadi disandangnya sepanjang hari. Dengan kemeja, tali lehar dan stokin serta seluar slack yang masih tak bersalin dia terus menghempaskan badannya ke atas tilam. Ahh nikmat sungguh, penat2 gini terus baring. "ehh kejap2, ak kena cek facebook aku ni , td apelah si Tina tu dok post status, mcam perli2 aku je" getus Ajimtibe2 seraya bangun mengidupkan suis laptopnya. Pintu bilik dikunci rapat. Ahh panas pulokk. Tingkap dibuka luas2 biar angin menyerbu masuk. Rumah Ajim rumah flat tingkat atas. Setentang rumahnya ada orang menyewa jugak. Student juniornye kat

Zakir Naik :UiTM Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah semalam aku dan kawan2 sekelas dapat menghadiri program ceramah oleh penceramah perbandingan agama terkenal di dunia iaitu Dr Zakir Naik. Kami sampai agak awal kira2 waktu Maghrib tapi Dewan TAC dah penuh memaksi kami hanya menonton dari luar. Apapu syukur kerna dpat jua mnonton secara live. Dr zakir yang sering digelar sebagai Ahmad Deedat kedua ini memulakan talknya pd jam 930, sebelumnya ada ceramah oleh anaknya dulu. Seperti biasa ceramahnya memang mantap dan meyakinkan. Manggali segala bukti dari kitab2 Hindu seperti Ayurveda, kemudian dari Torah serta Injil kemudian mengeluarkan bukti2 bahawa tuhan itu Satu dan tiada boleh digambarkan. Juga turut memberi bukti2 akan Nabi Muhammad S.A.W. di dalam kitab2 tersebut. Sesi soaljawab yang paling menarik. Orang non Muslim diberi keutamaan untuk bertanya. Semua persoalan dijawab dengan baik. MasyaAllah, kita umat Islam harus bersyukur kerna dikurniakan dai'e sebegini hebat selepas A

Welcome back WGL!

My wgl back in action. Its been almost 3 month i lived without it.  It cost me MYR460 to fixed the damages.

Malang memang tak berbau.

Assalam. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya Eidulfitri kepada semua yang beragama Islam. Hari ni genaplah 2bulan 11 hari dari tarikh aku accident pada 4julai yang lalu. Pada hari itu iaitu 4julai adalah merupakan tarikh  yang akan aku ingati smpi bila2. Paginya aku mengambil paper terakhir aku di  peperiksaan akhir. Petangnya aku pergilah ke bengkel bersama kawan rumah aku iaitu Kimi, dia tolong tolakkan motor aku disebabkan moto aku rosak. Kabel plug rosak dan brek yang tak makan. Sampai di bengkel  si apek mengbedahlah moto aku smpai baik punya. Aku bercadang nak bawak balik ke kampung moto tu. Sebab tu la aku pg bwk servis. Jam dah menunjukkan 7.30 ptg, dah senja. Aku dan kimi mulai bergerak, disebabkan kimi bwk 125 maka aku yg bwk Kriss ni dah tentulah ketinggalan di belakang. Sesampinya di tepi tasik, ketika tu aku memang  memperlahankan moto aku sementara kereta bersimpang siur lajunya. Maklumlah peak time. Tanpa aku sedari 'dummm'!

Halwa telinga.

Lagu apa yang best? setiap ornag ade minat dan pandangan tersendiri mengenai muzik yang didengar. Aku pun macam tu juga. Manusia biasanya tetap ada naluri meminati seni tak kira lah siapepun hatta raja atau ulamak sekalipun. Beberapa hari lepas aku baca blog mengenai raja2 Melayu. Ad tulisan mendakwa sultan Johor yang lepas minat dengar lagu Julie Sudiro. Gua pon search kt utube. Terjumpak la lagu Hanya Semalam. Pertaa kali denga memang suke. Ada taste la Almarhum Tuanku ni.  Dikatakan sewaktu kemangkatan Tuanku Iskandar dia turut berada di majlis tersebut.

Jerantut: bila boleh maju? PM orang Pahang dah!

Bismillahitaala. Sewaktu menulis ni aku baru je habis membuat pembentangan thesis aku. Selepas habis aku duduk dan mendengar presentation oleh kumpulan seterusnya. Aku buat-buat tak layan sangat awalnya. Aku mula tertarik bila dia menyebutkan mengenai ADTEC Shah Alam. Aku terus buka PC  dan taip ADTEC Jerantut untuk melayari laman sesawangnya. Malang masih belum ada barangkali. yang ada hanyalah page fb sahaja. Aku bukan apa. cerita tentang ADTEC ni adalah sesuatu yang besar di tempat kelahiran aku.Jerantut. Ianya institusi pengajian tinggu paling besar di Jerantut. Aku sedikit sebanyak bangga. Kalau sebelum ini Jerntut pernah masuk tv kerana rusuhan pelatih pusat serenti Jerantut Rusuhan Pusat Serenti Jerantut; 400 peserta serah diri. . Kes ni meninggalkan kesan mendalam dalam hidup aku. kerna ibu aku pernah hampir dicederakan. Kes berlaku dalam bas. Seorang lelaki naik bas duduk sebelah mak aku. Seketika tiba2 mencekik leher mak aku. Mengungut meminta duit. Sekelian orang poani

No one above the law

Bismillahitaala. Recently i quite spending time on internet reading blog especially  uncleseekers  . I have to admit everyday i must surf his blog to read his post especially the revealation about the royal. Since i read about it then i found this article  http://muslimmalaysia786.wordpress.com/2009/09/25/one-great-thing-the-tun-mahatir-did-that-will-be-remembered-high-class-welfare-recipients-to-institutionalise-divide-and-rule-enerations/  . well if you read it u must really be thankful to Dr M actually. I think everybody must agrees what Dr M have done. The vanishing of royal immunity is one of his contribution to Malaysia . We must know that nobody above the law even the king. People in Malaysia especially Malays are not openly  criticized their rulers, they rather shut their mouth and chose to quiet towards the rulers wrongdoing. But Mahathir has broke the tradition. Prior to the series of case involving the rulers like the death of prebet adam brother and many more th

John Hicock's on library trends in US dan PTPTN.

Aku dah lama tak menulis, nak sangat update blog ni tapi tiap kali bukak aku sibuk baca blog org lain. Ok lah aku update ni pun atas sebab beberap perkara yang menarik yang aku fikir perlu di update kan .. Ada beberapa isu menarik yang aku nak utarakan antaranya mengenai seminar oleh Encik John Hicock , seorang pensyarah dan pustakawan di State University of California. Aku dan rakan sekelas menyertai seminar tersebut kerana pensyarah kami meminta untuk turut serta. Aku mula-mula menanggap ceramah yang akan disampaikan mamat ni cliche, boring dan boleh diagak, namun ternyata isi kandungannya amat menarik.  Ok, sedikit cerita mengenai John Hicock, dia merupakan pustakawan dan pensyarah yang sekarang ni mengambil cuti sabatikal untuk menyiapkan PHdnya dengan mengelilingi perpustakaan di sekitar Asia. Sementelah dia ke sini Fakulti menjemput nya datang, dan Kedutaan US ade jugaklah nak mnyibuk siap bagi goodies . Dalam ceramahnya Encik John menekankan mengenai perubahan trend unt

Pemimpin Mahasiswa tapi pengotor..

\ Baru2 ni aku tengok banyak pulak kewujudan persatuan mahasiswa pro kerajaan ditubuhkan. Sejak isu Adam Adli nama Smm , Kami dan Gamis melonjak naik. Aku walaupun tak menganggotai persatuan yang ada bau2 politik ni tapi aku mengikuti dengan dekat perkembangan politik negara dan kampus.  Sementelah isu mahasiswa agak panas bebaru ni macam kes Khalid Ismath, budak u aku kat induk kna tahan polis aku perasan jugak banyak persatuan pro kerajaan ni tiba2 tumbuh mcam ceendawan. Naik geli aku. Sejak bila pulak mereka2 ni jugak berani nak suruh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi letak jawatan.. Wah berani betul. Ak malas nak berdegar2 la pasal nak kritik orang lain, macam ada budak kampus aku ni, dia aktif benor dengan aktiviti kepimpinan uitm. Dah slalu jadi fasi program, JPK , MPP dan memacam lagi ditubuh pulok persatuan lain untuk bekas2 pemimpin (mcm Mubarak). Aku tak kesah kau nak jadi ape, nak tambah koleksi jawatan ko tuh, tapi yang bikin panas hatii ni ko kat Fb berd
Semoga kita dilindungi Allah dan diberi syafaat oleh Rasulullah, Muhammad Al Amin..