Skip to main content

Posts

Showing posts from August 16, 2018

Sehariku dan kemuliaan pagi

Kita secara umumnya menerima pagi sebagai permulaan hari. Sebab itu sarapan dikata sebagai kewajiban yang jangan ditinggal kerana setelah terlena lama kita perlukan kekuatan untuk memulakan gerak tubuh dan menyeret langkah menghadapi detik-detik kemudiannya. Dalam novel Kasino karya Saifullizan Tahir yang sangat teliti itu, ia menggambarkan bersiap ke tempat kerja sebagai satu upacara sakral yang dia nikmati. Antara perlakuan itu termasuklah meneguk air masak, senaman ringan, bercukur, mandi, menyabun dan syampu, menyarung pakaian dan sarapan. Gambarannya sangat teliti dan buat kita ikut sama tergelincir ke dalam setiap aksinya dan pada akhir mengakui betapa seronok untuk bangkit sewaktu pagi. Sejak kecil saya diberitahu oleh makcik2 saya cahaya matahari pagi mengandungi vitamin yang baik untuk kulit. Ingatan tentang itu telah tertanam kukuh di dalam kepala walaupun mungkin fakta mengenainya adalah sebaliknya, dan kalaupun saya menjumpai fakta tersebut saya mungkin sukar untuk m...