Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Jerantut : Adakah faktor migrasi mempengaruhi kadar populasi ?

Bismillahitaala. Berbicara mengenai Jerantut, sebuah bandar yang berpenduduk seramai 88037 dengan seramai 4157 orang adalah warga asing (berdasarkan bancian Jabatan Perangkaan Malaysia, boleh rujuk http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/04Jadual_PBT_negeri/PBT_Pahang.pdf). Daripada jumlah keseluruhan penduduk hanya 9747 orang sahaja yang berbangsa Cina. Kalau kita ke bandar Jerantut sebahagian besar perniagaan, bangunan dan perumahan adalah milik kaum Cina. Taburan Penduduk kaum Cina yang ramai dapat dilihat di Sg Jan, Sg Lekuk, taman2 perumahan sekitar Jerantut dan sekitar Pekan Damak. Berbanding bandar lain seperti Kuantan (427515 ), Temerloh (158724), Pekan (103839), Maran (111056),  Rompin (109599), Raub (91731) dan Bentong (114397) Jerantut boleh dikira berpenduduk sedikit.  Kalau Kuantan sebagai ibu negeri tidak heranlah ramai orang di situ. Dengan status ibu negeri semua pejabat pentadbiran bertumpu disitu. Dengan ada lagi pelabuhan sert

Al Fatihah ; perginya Almarhum Abdullah Harith

Bismillahitaala. Pada 20 November 2012 yang lalau pergilah sudah adik aku, Arwah Abdullah Harith menemui Rabbnya. Tangis hiba sedih tak terkira. Ketika dapat panggilan aku berada di Shah Alam. Sampai di kampung sudah selesai pengebumian. Aku sedih kerna tak dpt menatap wajah terakhirnya, sedih sungguh. Takpalah, aku cukup yakin Allah Maha Besar lebih sayang akannya. Alhamdulillah arwah pergi dalam keadaan baik. Tiada aib dan tiada sebarang cerita yang tidak elok didengar. Seminggu sebelum meninggal aku sempat pulang ke kampung dan bertemu arwah. Seminggu sebelum dia pergi menurut nenekku dia banyak berubah. Setiap hari dia solat di masjid. Dia lebih banyak mendalami ilmu2 agama. Cerita nenek dan kawan2nya sebelum pergi arwah sempat meminta maaf pada setiap orang yang ditemui. Arwah juga ada berkata sehari sebelum ia pergi " esok aku nak meniggal dah, mati eksiden". Tak sangka dia memang betul2 pergi. Pemergiannya memang terasa, ramai orang yang tak percaya. Nenekl

Fitnah besar-besaran : Palestin dan kelesuan ummah.

Bismillahitaala. Fitnah yang sdisebut dalam sebuah hadis Rasulullah adalah lebih kepada malapetaka/musibah yang menimpa umat Islam akhir zaman bukan maksud fitnah seperti yang kita orang Malaysia biasa faham. Apa yang berlaku di Palestin seprti kita semua umat Islam maklum berpunca dari pelbagai sebab. Antaranya adlah perpecahan. Sebab itu Rasulullah pernah bersabda pada akhir zaman umatnya ramai tetapi seperti buih di lautan. Maknanya ramai tapi tak berpesatuan. Ketika keruntuhan pemerintahan Daulah Islamiyyah yang berpusat di Turki, pengaruh Barat yang mencengkam pemikiran orang Islam seperti Mustapa Kamal Attartuk telah menyebabkan kepada keruntuhan umat Islam. Rasa ingin merdeka serta semangat assobiah melampau juga mengakibatkan kepada keruntuhan pemerintahan Islam ini. Malang kerana umat Islam sibuk bertelingkah sesama sendiri sehingga kemajuan teknologi yang asalnya dipelopori oleh ilmuan Islam telah dipintas Barat. Barat muncul dengan ciptaan2 baru serta falsafah ya

Setiap Hari

Setiap hari adalah pergelutan. Setiap jam yang menyeret detik dan saat adalah perlawanan.  Saya bergelut dengan tujuan dan berlawan dengan sebab-akibat. Bergelut dengan makna rohani diri dan tujuan kewujudan. Saya bertanya dan menyoal kepada ruang kosong dan gema itu melantun semula, keras ke muka dan memanjat leher, bahu, kening sehinggakan tubuh ini hampir lelah. Saya berlawan dengan krisis. Tiap hari saya bangun dan ingin membunuh diri. Kemudian mengubah keinginan. Saya mahu membunuh orang. Bukan bunuh binatang. Tidak. Mencekup, mencekik, menghiris, merodok diiringi kemarahan yang memeluwap di kepala, tangan dan dada tanpa mau memikirkan pasca perlakuan itu. Gigir bergemertap, urat dahi terkenyat dan darah... darah terasa hangat bak lava gunung berapi. Setiap malam saya ditepi tingkap, berdiri merenung keluar melihat laman sunyi dan gelap pekat merayap di udara. Saya ingin bunuh diri, membunuh, memusnahkan segalanya, dan selepas itu menangis semahunya. Seperti kata penyair2 : 'h

Tentang US Election

Bismillahitaala. Tahniah Obama. Tapi kemenanganmu tak memberi arti besar sebenarnya buat umat Islam. Mana janji2 mu sebelum ini nak undur tentera tapi masih ada kat Iraq,Afghan,Libya dan banyak lagi. Kau menjajah bumi Islam atas nama demokrasi. Kau ratah hasil bumi Islam. Kau bom sampai kering,tandus ibarat padang jarak padang tekukur. Tentera kau sesuka hati membunuh, merampas kemuliaan umat Islam yang telah kau jajah. Sedang Islam dihina sedemikian kau berpura mesra dengan ayat2 manis serta janji kosong. Memang retorik semata. Kini Sandy pula datang mengamuk. Ya Rabbi, adakah ini balasanMu? Aku copypaste satu post oleh satu group kat facebook,  Ahlul Sunnah Page . Jom hayati. PLEASE READ AND SHARE  "THE LESSER OF THE TWO EVILS" Peoples perception of things play huge impact on how they react to them, when you take this into account and you look at each case objectively and you study all its dimensions you realize that the "lesser of the two evi