Skip to main content

Jarinya Grafiti Hitam Putih


Grafiti yang diconteng di mana-mana kebiasaannya bertag. Tag ialah tandatangan si pembikin grafiti tersebut. Ketika saya berada di tingkatan empat saya telah menconteng grafiti di dua kawasan dinding sekolah yang terpencil dan dua kawasan bangunan sekitar bandar yang baru siap. Pemilihan kawasan itu agak SAYA SENGAJAKAN. Kawasan dinding belakang bangunan sekolah itu menjadi port pelajar menghisap rokok sewaktu rehat, melepak sambil berbual atau kadang-kadang ada yang berkumpul untuk bergaduh jika berlaku suatu-suatu ketidakpuasan hati. Saya cuma guna spray dua jenis warna iaitu hitam dan putih dan saya conteng perkataan SOUL.
Mengapa soul (jiwa)? Kerana ini ialah perkataan paling mudah diconteng dan jika diconteng ia boleh menjadi pelbagai corak jika anda kreatif. Dan saya juga berpendapat sekolah adalah kawasan yang telah kehilangan soul. Ianya seakan penjara (jiwa muda kan heheh) . 

Dalam grafiti, setahu saya ada dua jenis stail iaitu throw up dan bubble. Saya rasa teknik saya throw up lah kot yang saya buat tu. Saya conteng dengan agak besar juga dengan warna hitam dan saya isi ruang huruf itu dengan warna putih. Dan sudah tentu saya taruk tag saya iaitu STEEZ (dalam slanga hip hop ianya bermaksud style). Keesokan harinya grafiti itu telah ditemui dan seluruh bangunan saya agak kecoh. Bangunan kami itu dihuni pelajar tingkatan empat sahaja dan ianya agak terasing daripada blok-blok lain. Dan port dinding belakang bangunan itu bolehlah dikatakan tidak pernah dijengah oleh para cikgu. Kawan-kawan rapat sudah syak yang ianya diconteng oleh saya. Tak boleh saya nafikan yang saya agak gementar juga bila ada guru serta pengetua yang turun melihat contengan saya. Bukan satu tapi dua kawasan.

Mereka mula bertanya kepada setiap pelajar dan sudah tentu tiada siapa yang memberitahu jawapan itu. Semasa perhimpunan hari isnin pengetua kami waktu iaitu Allahyarham Cikgu Mohd Said Tairan telah memberi ucapan yang menyumpah sesiapa yang menconteng grafiti ini akan mendapat balasan setimpal. Saya yang ketika itu beratur di paling belakang sekali hampir tersedak. Pelajar sezaman saya tentu ingat yang arwah terkenal dnegan beberapa frasanya yang sering disebut ketika perhimpunan. Arwah berucap dengan snagat perlahan dan biasanya lambat habis. Antara frasa itu ialah “I love saujana” “Love is a verb” dan “Saujuan Sujana” (nama sekolah saya ialah SMK Padang Saujana).Saya sering bertembung dengannya di biliknya. Ketika saya melapor diri sebagai exco asrama. Ketika saya perlu memberikan penjelasan tentang mengapa saya mahu mengambil subjek Literature in English (STPM) dan drop subjek Sejarah sedangkan di negeri Pahang ketika itu saya sajalah satu-satunya calon sekolah kerajaan yang mengambil subjek itu. Dia memberi amaran yang jika saya gagal maka saya akan memalukan sekolah. Dan, saya gagal subek itu. Ada sebab mengapa saya tidak mengambil Sejarah. Saya ada masalah dengan penulisan subjek Sejarah dan membuatkan saya jengkel untuk belajarnya. Dari subjek LIE saya kenal semula Shakespeare, Homer, beberapa orang poenyair yang saya lupa nama mereka  dan juga seorang penulis Israel bernama Ezekial... apa entah. 

Paling saya tak lupakan ialah bila saya kena buang asrama dek... entahlah tak ada ksalahan pun masa tu tapi ada seorang ustaz ni dia macam ada grudge dengan saya. Dia tahu saya menjual makanan di asrama selain kesalahan lain makan dia ugut saya dengan sangkaan2 tanpa buktinya dan paksa say isi surat pengakuan. Saya masih ingat tu walaupun ustaz tu dah jadi ustaz selebriti sekarang ni. Arwah tak marah sangat. Saya bagi penjelasan dan dia terima Cuma dia tak ada kuasa sebagai warden. Entahlah. Jadi saya dibuang asrama. Panjang kisah ni nantilah saya tulis entri lain.


Melalui arwah juga kali pertama saya dengar nama Chairil Anwar. Arwah kerap sebut cuplikan sajaknya iaitu ‘aku ini binatang jalang, dari kalangan terbuang’ dan dia akan bercerita betapa ramai perempuan yang mengejar penyair Indonsia itu. Dan dia mati muda serta berbagai-bagai lagi yang membuatkan barisan guru macam tersnegguk-sengguk kepala mendengarnya. Arwah meninggal duni bebrapa tahun lalu. Saya doakan moga-moga beliau tenang di sana.

***

Saya ada add satu kenalan di fb. Salah satu sebabnya ialah kerana di suggestion dan banyak mutual. Saya suka apa yang dikongsinya. Kebanyakannya tentang buku. Saya syak dia penganggur dan kerap di rumah menjaga ahli keluarganya yang sudah berumur. Ianya hal yang mulia bagi saya. Saya ada dua tiga interaksi dengannya di ruang komen dan dia seingat saya ada komen sekali di posting saya.

Suatu hari ada kawan saya tanya “kat mana boleh beli buku ni?” bila saya post petikan sajak Muhammad Haji Salleh. Saya kata tak tahu dan tag seorang kakitangan DBP. Kakitangan tu kata boleh kontek dia atau xxx (dia tag nama kenalan tu). Saya cuba tekan nama tu tapi tak boleh. Saya search tapi tak keluar. Tahulah saya ketika itu saya diblok. Namun saya tak tahu saya diblok sebab apa. Mengapa? Saya ada buat salah ke? Seingat saya tidak ada. Saya tak pernah komen bangsat di postnya. Saya tak pernah mencarut di post saya atau perli sesiapa. Saya tak pernah unmensi dia. Bingung. Maka saya buka fb saya yang satu lagi. Saya buka profilnya. Saya skrol ke bawah belek tiap postnya. Tak jumpa. Tak jumpa langsung apa-apa hint yang memberitahu tentang sebabnya memblok saya.

***

Ada kenalan maya saya yang berbakat, masih muda dan kekadang tu tulisan-komen di fbnya dan fb orang lain  cabul/kasar. Salah satu komennya kelmarin telah dikritik oleh seorang penulis. Panjang juga komen-ulas rakan-rakannya. Saya takdela setuju sangat dengan kata-katanya atau sikapnya itu cumanya saya rasa dalam dunia penulisan yang kecil ini, bagi sayalah, kita perlu suara yang gedik gdebe serupa itu. Tak ramai orang yang macam itu rasanya dan dia melakukannya tanpa apologetik pula tu.

Saya teringatkan adegan Salleh Ben Joned di suatu forum di DBP. Tak silap saya Usman Awang ada di situ. Ah, apalah sangat yang kenalan cabul saya tu buat. Ramai yang tak setuju dengan pandangan saya ni tapi lets agree to disagree je okay? 

 Saya cuma berharap beliau dapat menghasilkan karya yang mengagumkan dan meletakkan dirinya sebagai salah seorang penulis penting dalam arus susastera Malaysia agar orang tidak sekadar ingat fasal kegedebeannya, tapi tulisannya juga.

Comments