Skip to main content

Pahit

Bolehkah kita benar-benar menyatakan kebenaran? Melemparkannya ke tengah-tengah ribut manusia? Tak mungkin. Tak mungkin ianya terjadi. Tiap tubuh menyimpan segala sesuatu, kita mengupas diri sedikit demi sedikit oleh pisau waktu, usia dan pengalaman. Kalau mengambil kata seorang filsuf yunani (tak ingat namanya) 'kebebasan hakiki adalah pabili kita membenarkan akal kita berpikir melangkaui rentangan, dogma, kepercayaan dan pelbagai lagi yang membataskannya'.

Tapi kita tak dapat melakukannya. Kita punya keluarga, rakan2, negara, bangsa dan... agama. Apakah kesannya? Tak perlu fikir panjang. Lihat sekeliling.

Pendam segalanya. Pandangan, buah fikir dan pertanyaan. Perihal kewujudan dan ingin tahu. Berbahagialah orang yang berani untuk mengisytiharkan pandangannya kepada awam. Mereka... bebas. Aku masih terkurung. Mungkin bila titik nafas terakhir menoktahkan usia, dunia baru terjelma dan segala sesuatu tak dapat lagi menangguhkan kebenaran.

Comments