Skip to main content

Posts

Showing posts from November 27, 2012

Jerantut : Adakah faktor migrasi mempengaruhi kadar populasi ?

Bismillahitaala. Berbicara mengenai Jerantut, sebuah bandar yang berpenduduk seramai 88037 dengan seramai 4157 orang adalah warga asing (berdasarkan bancian Jabatan Perangkaan Malaysia, boleh rujuk http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/04Jadual_PBT_negeri/PBT_Pahang.pdf). Daripada jumlah keseluruhan penduduk hanya 9747 orang sahaja yang berbangsa Cina. Kalau kita ke bandar Jerantut sebahagian besar perniagaan, bangunan dan perumahan adalah milik kaum Cina. Taburan Penduduk kaum Cina yang ramai dapat dilihat di Sg Jan, Sg Lekuk, taman2 perumahan sekitar Jerantut dan sekitar Pekan Damak. Berbanding bandar lain seperti Kuantan (427515 ), Temerloh (158724), Pekan (103839), Maran (111056),  Rompin (109599), Raub (91731) dan Bentong (114397) Jerantut boleh dikira berpenduduk sedikit.  Kalau Kuantan sebagai ibu negeri tidak heranlah ramai orang di situ. Dengan status ibu negeri semua pejabat pentadbiran bertumpu disitu. Dengan ada lagi pelabuhan sert