Skip to main content

Posts

Showing posts from March 13, 2012

Malaysian Young MILLIONAIRE Reveals Internet Secrets

A young Malaysian millionaire Jason Tan reveals his secrets on how he makes millions on the Internet working only a few hours per week. http://onlyinmalaysiamah.com/?ref=husainighazali For the first time ever Jason Tan is revealing his never before told secrets. http://onlyinmalaysiamah.com/?ref=husainighazali Jasons Only In Malaysia Mah has been rated the number one opportunity by numerous online reviews and has been seen in Entrepreneur Magazine. http://onlyinmalaysiamah.com/?ref=husainighazali You can start making RM100, RM500, even RM1,000+ every day working at home from your computer.

MANUSIA, BAYANGAN DAN PEMBUNUHAN DALAM FILEM BUNOHAN ARAHAN DAIN SAID oleh Hassan Abd Muthalib

Aku pernah mendengar Rasulullah, SAW, bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu...Penyakit-penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok (berhibur/ketawa), terlalu bermewah, mengumpul harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain.                                              (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, RA) Shakespeare pernah menyebut bahawa dunia ini pentas dan manusia-manusia di dalamnya merupakan pelakon-pelakon di pentas itu. Andre Bazin, ahli falsafah filem di Perancis pada tahun 1940-an, melihat layar filem seakan sebuah jendela di mana para penonton mengintip dan melihat diri mereka sendiri dalam watak-watak yang dimainkan. Teguh Karya, pengarah tersohor dari Indonesia sependapat. Katanya: “Aku letakkan engkau pada watak-watak di layar. Sekira-nya engkau dapat lihat diri engkau pada watak-watak re