Skip to main content

Posts

Showing posts from November 15, 2016

Seputar On Hiatus, Penulisan dan Menghantar Manuskrip.

Memang sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Hampir dua tahun ianya tidak terusik langsung. Lagipun saya yakin blog ini tidaklah mempunyai pengikut pembacanya yang tetap. Kehilangan saya ini tentunya tidak dirindui orang. Ini bukanlah bermaksud saya tidak menulis terus, membenci dunia penulisan sehingga saya tidak lagi mengetik papan kekunci komputer. Tidak. Malahan saya telah memekar kemahiran saya dalam penulisan fiksyen. Mengapa fiksyen? Kerana realiti itu semakin menjemukan, merenyahkan dan memeningkan kita manusia ini. Jadi apalah salahnya memilih fiksyen untuk melarikan diri seketika daripada realiti yang menakutkan itu, bukan? Ada banyak yang hendak saya celotehkan disini. Tempoh hampir dua tahun tanpa kemaskini tentunya membuatkan saya mahu bercerita perihal yang banyak. Antaranya:
1.Penulisan Sebenarnya minat menulis saya bercambah sejak sekolah rendah lagi. Semasa saya di sekolah menengah saya banyak tulis sajak. Sekarang entah kemana perginya koleksi sajak-sajak itu. P…