Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Sunting Padam

Dalam senarai rakan fb saya ada pelbagai jenis orang, dan saya fikir anda pun camtu jugak sebab memang orang ni termasuk kita banyak ragam. Salah seorangnya seorang kuat Dap di Sarawak. Saya ingat hampir 7 tahun berkawannya di fb. Dia melayu dan seperti kata orang Dap sendiri, sikapnya lebih cina dari cina. Saya tak kisah pun dia nak perangai macam mana. Dari gaya kemaskininya memang nampak dia bersungguh menjunjung konsep malaysian malaysia. Dia jenis tipikal penyokong kuat PH; liberal, sesekali acah sekular, buta warna kulit, kritikan melulu pada umno dll. Suatu hari entah mengapa dia tulis status yang mengutuk orang cina. Dan seperti membenarkan skeptikal2 totok umno terhadap cina parti dap seperti; pujian lebih kepada kaumnya walaupun kerja buat sikit je, peluang untuk memanjat hierarki kepimpinan dan bbrp hal lain yang dia luahkan dalam rungutan status panjangnya. Tak berapa lama kemudian, tak sampai sejam, status tu dah hilang. Dia dah padam sebelum sempat viral atau jadi baha

Lelaki Gajah

Kedudukan; Tepi.

Kalau saya naik bas, atau kereta, saya akan pilih untuk duduk di tepi sebelah tingkap. Saya percaya majoriti kita begitu. Tapi mengapa begitu? Apakah suasana ketika itu atau ada faktor psikologi lain yang mempengaruhi pilihan tersebut? Saya percaya faktor tingkap memainkan pernan besar terhadap pemilihan ini. Tingkap memberikan ruang dan pemandangan yang mata kita perlukan. Kerana dalam keadaan duduk, mata seperti berperanan besar berbanding kaki. Cuba bandingkan sewaktu kita berjalan di shopping mall atau bermain bola, mungkin kita tak selalu berada di tepi atau berada di kedudukan tengah kerana kaki pada ketika itu adalah anggota tubuh yang penting. Ia membawa diri kita ke tempat yang hendak kita pergi.      Dengan duduk di tepi kita dapat melihat pemandangan di luar yang tentu saja menawarkan perkara menarik. Melihat hijau daun, kereta bergerak, tersangkut di dalam kesesakn, kereta terhenti dan di atasanya lingkaran rel lrt.      Sewaktu saya bersekolah dahulu saya memilih di tep

Tahniah

Saya merasa sangat terpacu nak mengomentar hal2 sastera mutakhir ini terutamanya selepas menonton live forum Dbp minggu lepas. Tapi bila tengok garismasa facebook, ramai dah mengulas dan kebanyakan ulasan daripada penulis muda, saya paling setuju. Kebanyakan teguran, kutukan dan hentaman yang dihamburkan Isham Rais dan Dinsman itu adalah cuma perulangan teguran-kritikan selama ini. Malah perkara ini saya dah bangkitkan sendiri dan tulisan itu terbit di Dewan Sastera, pada tahun 2016. Ye, memang bab pemasaran, anjuran program, kreativiti kandungan dan baaanyak hal lagi, DBP memang perlu perubahan drastik. Forum malam itu yang dijulang sebagai keterbukaan, menghulur tengkuk, Dbp terbakar dan pelbagai gelaran lain lagi; bagi saya terlalu meraban tajukkomentar selepas itu. Tapi ada sisi baiknya. Biar KP Dbp tu sedar sikit. Dan orang kuat2nya. Benda ni dah berapa ramai editor dorang sendiri yang sungutkan. Tapi bukan sekadar DBP yang perlu ubah diri. Orang sastera lain pun perlu. Institu