tag:blogger.com,1999:blog-977374290146380522024-03-12T15:04:16.103-07:00sendiArikatakanlahhuhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.comBlogger277125tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-70086461789342732902022-11-12T04:56:00.001-08:002022-11-12T04:56:40.245-08:00RempuhDi selekoh, tapi kenapa makin kiri makin kau mendekat? Kena langgar, tongkat jadi senget, kaki luka dan pilu.

Aku terkenang ketika aku dilanggar lari dulu. Hampir mati kalau tak kerana topi keledar. Aku terbayang hidup cacat, atau tempang. Tanpa kaki sempurna. Aku terfikir kaki putus dan tak dapat menjejak sebaiknya.

Segala kenang dan bayang berhimpun dalam sesaat.
huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-6900650832078311112022-03-02T07:24:00.001-08:002022-03-02T07:24:46.044-08:00Air Dari BotolIa tumpah, mengalir perlahan dan meresap ke tilam. Ia memadamkan bara dari putung rokok yang tidak ditenyeh sebelum sempat menyambar kain. huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-33427262571232588612022-01-29T15:19:00.001-08:002022-01-29T15:19:03.976-08:00BangunSaya mengeluarkan semua anggota tubuh badan adik saya, semua. Hingga kosong. Kemudian saya balut badannya dengan kain batik lepas. Saya ambil masa begitu panjang menggali liang lahad. Belakang naik sengal, lenguh. Tulang macam nak tercabut. Seseorang datang membantu. Saya masukkan dia dalam kubur dan kambus. Seseorang datang membaca talkin. Saya terjaga dari mimpi dengan hati yang hiba. Saya bangun sembahyang dan setelah itu baring semula, bersama kucing.

huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-18230878141420138302022-01-15T17:29:00.001-08:002022-01-15T17:29:17.985-08:00KemarauBibir terlukahuhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-82813981544116262322022-01-02T04:37:00.001-08:002022-01-02T04:37:13.076-08:00TibaAku akan tiba juga akhirnya ke pokok Persoalan: untuk apa aku hidup?huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-61393686078540447122021-12-08T07:16:00.001-08:002021-12-08T07:16:18.599-08:00ReplyKenapa awak tak balas mesej saya 🥺huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-43508036718802025832021-11-16T09:41:00.001-08:002021-11-16T09:41:55.375-08:00KritikdiriSaya tidak berhati perut dan pentingkan diri.huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-56347945767647030142021-11-06T08:19:00.001-07:002021-11-06T08:19:16.949-07:00LesapSemoga Rilka kembalihuhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-27050811978834082222021-11-05T06:53:00.001-07:002021-11-05T06:53:53.539-07:00SetiapSetiap hari adalah pergelutan yang begitu kabur jalan akhirnya.huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-90951436558359958472021-11-01T23:49:00.001-07:002021-11-01T23:49:15.073-07:00Belum SiapTiada apa² yang istimewa hari ini. Hajat nak ke DBP tapi hidung ni punah lagi. Selesai terjemah bab 3 yang panjang dari buku membosankan ini. Buka gmail dan ada emel kasitau periksa online minggu depan. Tutup balik, dan termenung.huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-38065013800033758522021-11-01T05:37:00.001-07:002021-11-01T05:37:09.966-07:00SelsemaSelsema masih belum sembuh. Hidung, tekak dan dada tekal berhingus. Harini juga buku puisi rekaan mewah yang kupesan tiba. Aku sangka ada Sajak² Pendatang, tapi sayang, Jilid 1 rupanya bermula dengan puisi baru. Tengahari beli nasi ayam penyet dan malam kugoreng megi tersedap di muka bumi, megi asam laksa lah. Dan tiba-tiba sepanjang tengahari membawak ke malam, aku dilanda kesenduan yang pekat, seperti sejuta titis lilin cair di muka, seperti gagak mencari sampah di tepi bendang, seperti bas tua karat terbiar—kurasakan semua tulisanku hampas dan tidak bererti langsung, walau sekelumit pun, tidak bernilai!! Serasa nak padam semuanya dan sifarkan ingatan dari sebarang pengalaman dan kemahiran berkaitan penulisan. huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-70938959533343654292021-10-31T09:55:00.001-07:002021-10-31T09:55:46.448-07:00Joging dan malamnyaPetang, aku melewati laluan baru, terselit ke ruang² yang belum pernah kujelajahi selama hampir tiga bulan di sini. Aku temui daun yang tidak lain dan angin yang tidak lain. Manusia—sama saja, dan kucing dan anjing, selalu unggul di mata. Mereka di mana-mana; tido tengah jalan, di celah longkang, berkejaran di taman, berak di pangkal pokok atau meloncat dari atap ke atap. Senja, dan aku melewati kaki lima kedai nan sepi, sejenak langkah terkaku. Suatu kedai yang terbuka pintu luasnya, menghardikkan dingin ekon berserta seorang pelanggan menghisap rokok. Aku kenal bau ini. Campuran bau yang pernah di kedai judi. Aku terkenang, terkenang...

Malam di rumah, bincang istilah² dengan Karim. Malam di rumah, kusiapkan sehalaman terjemahan (besok aku mahu bereskan bab ini!). Malam di rumah, aku berbaring do sebelah kucing, memasang lagu Maria santana. Tiba-tiba ingatan sekali lagi datang—senior tempat kerja pernah bernama Maria. Aku panggilnya Kak Maria. Dia comel dan pernah rasanya kutambah sebagai rakan fb. Aku selongkar namanya di fb. Tak ada lagi. Apa kabar kak? Robinsons sudah lama tutup, dan adakah kau telah pulang ke Kedah?
huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-8818086135118110172021-10-29T22:17:00.001-07:002021-10-29T22:17:06.563-07:00Kampōng: Hinggapan

27 Okt 2021

28 Okt 2021

Dari pagi hingga petang, selsema, pening, kering tekak, suhu badan hangat dan batuk kecil, mengacau tubuhku. Segala benda tak kena. Makin teruk. Semua yang direncana—naik ke kebun, merapat ke hutan, memasak, menjalar ke kampung² sekitar, telah tergencat. Aku hanya mampu menelan butir² ubat dan mencicip cecair dephyndramine. Sekejap kencing, sekejap teguk air, sekejap basahkan tubuh.
huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-52419909918378577722021-10-27T04:06:00.001-07:002021-10-27T04:23:24.115-07:00Kampōng26 Oktober 2021 Selasa

Tiket meliang-liuk diterpa angin. Aku ambil dan selitkannya ke dompet. Makanan bijian kutuang penuh dalam bekas buat si penyair. Akankah dia baik² saja sepanjang empat hari ketiadaanku? Kumangga pagar, menyorong langkah, singgah ke mamak mengisi perut. Teh halia! Rasanya kurang umph. Aku tunggu bas.

Turun di MRT Pasar Seni. Syukur, kedai rokok buka. Aku dapatkan dua kotak Surya 16. Mengheret kaki ke kedai pakaian murah—dapatkan seluar pendek. Di sudut kedai lukis, tercari-cari kawan lama. Dia sudah berhenti pelukis. Dia kerja lain. Tidak seni lagi kerja baru itu. Tapi apa boleh buat, wabak ini merosak segala.

Terlihat ciapan di twitter. Baucar RM10 untuk pembelian buku. Singgah Kedai F di SP Mall, dan hampir setengah jam termangu, memilih, membelek, sebelum membeli sebuah buku sebagai bekal di dalam bas cepat.

Kadang mataku melayan buku. Bukan sebuah buku yang cukup rempah, tetapi okeylah. Kadang aku leret talipon genggam. Sejuk penyaman udara terlalu tajam! dan aku terlupa bawa bajupanas. Sesekali aku lihat keluar. Kayu-kayan rentung, sawit, jentera, papantanda besar yang pudar warnanya.Tiada apa² yang luar biasa. Tidak banyak yang berubah di sepanjang lebuhraya menuju negeriku.

Genap setahun 10 hari aku tinggalkan kampung, tujuan asal ke ibukota hanya untuk kerja² rencam dan entah bagaimana takdir menjerluskan aku kembali ke lumpur kota. Aku tidak teruja kembali ke kampung, tidak seperti yang kutulis dalam sajak² sewaktu di Damai, waktu² penuh gelisah, mengenang dan terigau. Apakah ini resam manusia.

Sampai di stesen bas, adik dan emak menyambut. Lapar gila, beli makanan dan pulang. Banyak cerita dan berita. Sudara mara yang sudah meninggal dunia, dua tiga hari lepas, jiran berpindah. Aku hanya mendengar. Sebelah malam menyudahkan tulisan pendek perihal puisi dan akan dihantar besoknya setelah internet pulih. Tidur awal, dihambat mimpi meletihkan dan,

bangun jam lima pagi, seterusnya joging.

huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-48526622905013156132021-09-16T07:05:00.001-07:002021-09-16T07:11:03.350-07:00CanselorMungkin saya sepatutnya beranikan diri menulis kepada dia. Saya bukan orang yang dia kenal. Kami asing. Tapi saya tetap tidak berani melepaskan semua kata. Hatta dalam ruang yang hanya dimiliki aku dan tuhan pun, saya belum dapat menanggalkan topeng dari huruf-huruf yang kutuliskan.

Tapi ini bukanlah aneh. Tiap manusia ada banyak topeng. Pada akhirnya, di lapis terakhir, ada hanya satu yang tinggal; antara dirinya—tidak dengan kekasih/anak atau sahabat, bahkan kepada tuhan sekalipun.

Saya merenung baku baru saya. Tidak terlalu ria. Tidak sedih. Mungkinkah ada sesalan? Barangkali sedikit, dan pada masa mendatang, mungkin lebih banyak. Tapi demikianlah penulisan. Sejenis cuba-cuba, dan dalam peredaran waktu, pilihan kehendak serta pengalaman yang mempengaruhi seleras dan gaya semasa.

Saya jemu. Kalau saya bukan saya dan gigit roh saya mungkin hanya tawar yang dapat saya rasakan. Saya berjoging sesekali memecut tetapi seperti tanpa kaki. Saya panjat bukit dan tulis sajak tapi terasa dibingkaikan orang lain. Saya menangis dan kencing di dalam mimpi tapi bangun dengan kelupas bibir dan kering keringat di tubuh. Kan baik kalau esok saya dapat terbang dan hinggap di kepala tugu.

Ah belum sampai 500pp saya dah menguap.

huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-68850886595232799142021-08-17T07:22:00.001-07:002021-08-17T07:22:22.228-07:00LainSaya tidak lakukan apa yang sewajar dan sepatutnya dilakukan. Saya penuh dilema dan percanggahan.huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-25974865275719731802021-08-13T09:15:00.001-07:002021-08-13T09:15:09.364-07:00SenseiSekarang saya faham kenapa Sensei begitu pahit dengan dunianya.huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-70127135530002850832021-08-01T03:47:00.001-07:002021-08-01T03:47:36.738-07:00PercikMasa aku menuliskan ayat ini, aku tengah letih. Peluh jatuh dari uban ke muka. Tak tahu kenapa aku letih sangat. Aku telan panadol sebiji. Moga dapat tidur awal.huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-11157064250407131312021-07-15T08:39:00.001-07:002021-07-15T08:39:28.982-07:00DarahWeh kau kat uni dulu rajin derma darah kan? Tiba-tiba kotak sembang fb disapa rakan sekolah. Dulu kami tak rapat pun tapi habis sekolah kerap berhubung via medsos. Dia dah berkahwin sekarang, sudah 3 tahun kot. Masa dia tahu saya aktif dengan Bulan Sabit, dia kerap gesa saya isi perjawatan untuk pembantu perubatan. Ada saja pautan jawatan kosong dikongsi. Dua tiga hari lepas saya memutuskan untuk ikut menderma darah. Kawan itu bertugas di pusata derma darah dan katanya bekalan darah sangat diperlukan. Mulanya nak pergi pusat kempen derma darah yang berdekatan saja tapi dapat tahu ditutup kerana ada jangkitan COVID-19. Saya tak ingat berapa kali telah menderma, 6 atau 7 kali agaknya. Jadi hujung minggu ini saya akan pergi derma darah. Entah mengapa ada debaran kecil memikirkannya. Entah kenapa...huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-30031306821991728222021-07-14T11:12:00.001-07:002021-07-14T11:12:31.998-07:00AyubI've turned down few jobs offer which I used to craved for. Give me sometimes, accumulating experiences. Once ready...huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-17439265634107067842021-07-05T06:06:00.001-07:002021-07-05T06:06:05.152-07:00SelesaAku rasa tak selesa, dan aku tak tahu kenapa. Tak banyak perihal dapat aku tuliskan sebab semuanya masih buta dalam diri aku, meraba-raba mencari jalan keluar yang entah bila akan meloloskan cahaya dari luar. Aku tak selesa, dan di luar, segala-galanya tawar.huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-32361817960533398252021-07-02T11:37:00.001-07:002021-07-02T11:37:48.036-07:00BelumApa yang bermakna dan apa yang saya cari? Saya tak mengenal diri dan belum mati lagi.huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-48161060909244363672021-05-19T14:22:00.001-07:002021-05-19T14:29:33.987-07:00LuahAku tak tahu letih sebab apa, tapi ia menyebabkan aku terlelap awal sedikit, jam 0239. Ada satu mimpi panjang, tapi hanya satu babak aku ingat: adik laki aku mengamuk setelah nenek aku enggan keluarkan modal untuk dia berniaga. Dia marah, naik suara dah nak memukul. Aku cepat2 melindungi nenek. Dia naik angin dan kata 'kau tau apa masalah kau? Kau nak dengar? Kau ni macam tangkai...' dan ada deretan luahannya yang aku ingat perasaannya ketika itu -- cukup mengguriskan. Ketika aku menahan hayunan tangannya, aku tersedar. Hanya bunyi kipas hinggap di telinga dan kesejukan merayapi betis. Badan rasa betul2 sengal. Kepala berdenyut. Pening. Aku lihat jam. 0459. Aku bingkas bangun, tutup kipas dan capai fon lalu keluar bilik. Kucing ikut keluar. Aku ambik sekeping piza yang tinggal, dan ngap. Kucing merengek nak sikit. Aku teguk air. Tersandar di sofa. Aku teringatkan muka adik aku dalam mimpi tu.

Rasa letih, tewas. Tubuh keretakan. Aku hisap rokok dan memandang kosong ke siling. Semuanya macam statik. Aku letih ya rabbi. Macam anjing kurap kena perambat.

Aku letih.

huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-15154447406571440912021-05-14T09:37:00.001-07:002021-05-14T09:37:24.611-07:00In or OutI still cannot manage my repose aptly enough. No games nor days i could find irresistible. How lewd is my understanding on certainty, how dreadful my dream is. Yet, i still want to perceive all of them, the traits of my ever last minute gesture to a stranger; kids, old men or a beggar. All for more, i never really eppreciated those susceptibility, how near to demise meself, to leave my last streak of coffee sips on the lips of a mug.

Perhaps, i am obscenated by an unknown force.
huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-97737429014638052.post-54675227674044783852021-05-10T08:59:00.001-07:002021-05-10T08:59:50.046-07:00SedangAku tahu aku sedang mencari tapi apa yang aku cari?huhuhuhttp://www.blogger.com/profile/17975423962409041994noreply@blogger.com0