Every time I travel, your perfume asks me for you, Like a child asking for his mother to come back. Imagine, Even perfumes know about distance, and exile - Nizar Qabbani * Masa darjah 3 buat pertama kalinya saya menemukan perkataan 'melumurkan' (dari kata lumur) dalam buku berilustrasi dan berwarna tentang sahabat nabi iaitu Mus'ab Umair. Buku itu menceritakan tentang Mus'ab ketika belum Islam adalah seorang yang berpakaian kemas dan suka melumurkan wangian ke seluruh tubuhnya. Seolah ada kuasa pada perkataan 'lumur' itu, walaupun pada ketika itu saya tidak mengerti maksud lumur seperti yang saya fahami sekarang, tetapi saya tahu ketika itu, melumurkan paling tidak bermaksud membubuh pewangi pada badan dengan lebih dari kebiasaan - saya kemudiannya menghabiskan minyak attar sehingga tinggal separuh saja, diselek dan sapu ke tubuh badan. Dan saya kecewa kerana ia tidaklah wangi seperti yang hidung saya fahami dari ilustrasi Mus'ab dalam buku ters...