Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

Kiri dan berontak

Saya suka membaca autobiografi, biografi ataupun memoir.  Tapi setakat ini banyak yang saya baca adalah hasil tulisan oleh/tentang tokoh tempatan. Kalau bacaan dari luar negara lebih tertumpu pada individu non pemimpin seperti kerumitan hidup kerabat Arab Saudi, catatan mangsa diktator Libya, pelarian Korea Utara atau mangsa perang Timur Tengah. Saya mudah terpukau dengan tulisan oleh/tentang tokoh kiri seperti Burhanudin Helmi, Majid Salleh, Khatijah Sidek, Abu Samah Kasim, Abdullah CD, Chin Peng, Zulkifli Muhammad, Pak Sako dan ramai lagi. Kehidupan mereka berwarna warni dan ada yang mendukakan pengakhirannya sehingga saya menitiskan air mata membacanya. Nasib kebanyakan daripada mereka ternyata tidak indah. Mereka memegang suatu ideologi dan bertahan dengan kepercayaan mereka sehingga penghujung hayat. Sehingga sekarang perjuangan/pemberontakan bersenjata golongan kiri masih berlanjutan. Di Timur Tengah pejuang Kurdi masih mengangakat senjata. Zapatista di Amerika Latin tekal di c

Kejadian-kejadian dalam cerita Raymond Carver

'Saya dapat ingat apa yang terjadi suatu malam apabila ayah balik lambat dan mendapati emak telah mengunci semua pintu dari dalam. Dia mabuk, dan kami dapat merasakan rumah bergegar saat digoncangkannya pintu. Bila dia dapat membuka tingkap, emak memukul dengan colander (mangkuk tapis) dan jatuhkannya. Kami nampak dia di atas rumput. Beberapa tahun kemudian, saya cuba angkat colander ni - ia berat macam penguli - dan bayangkan apa rasanya kena pukul di kepala dengan benda macam tu.' —Dari esei My Father's Life , Fires. Saya mula membaca Carver beberapa tahun lalu selepas menonton Birdman di pawagam GSC Midvalley. Lakonan Michael Keaton yang meyakinkan selain jalan ceritanya, membuatkan saya tertanya-tanya siapa dia Carver ni? Lalu saya mula menggugel. Banyak cerpennya yang saya sudah baca secara dalam talian. Paling saya suka tentulah Cathedral diikuti Viewfinder, The Bath dan Fat. Sajaknya pula saya baca dua tahun lepas di Subang Parade dalam sebuah antologi A

Beberapa perkataan

Beberapa penulis yang saya suka baca karya mereka, saya ingat beberapa perkataan yang kerap mereka gunakan. Perkataan-perkataan tersebut terdiri daripada kata hubung, kata kerja dan lain-lain. Shahnon Dan Fariq Se- Johan Radzi Khali Azrin Fauzi Tatkala Ridhwan Saidi Instan Muhammad Haji Salleh Maka, atau, kenyataan Fahd Radzy Uh Roslan Jomel Demikian Ada beberapa penulis lagi yang saya ingat sebelum ni tapi bila nak tulis semula saya dah lupa pula.

Draf dan nikmat sekejap.

Saya baru membelek draf di emel saya dan menemukan ada empat draf. Antara isi draf itu adalah sajak-sajak dua tahun lalu, cerpen yang tidak siap dan pertanyaan tentang pekerjaan kepada satu syarikat yang sudah mengesahkan untuk mengambil saya bekerja. Membaca satu persatu, saya teringatkan yang semua itu ditulis dalam keadaan yang penuh bersemangat. Tapi ia tak siap, tergantung, ditangguh dulu kerana idea yang tidak berkembang, dengan janji pada nota mental bahawa akan dijenguk kembali dalam masa terdekat. Tapi saya terlupa. Dan lama-lama ia hanya draf yang sekadar mengisi tabung kenangan. Saya tidak ingat tulisan siapa saya baca yang mengatakan terlupa itu adalah nikmat sementara. Macam, kau terlupa yang hari tu kau kena hantar assignment dan dalam tempoh waktu terlupa itu kau penuhinya dengan aktiviti2 kesukaan kau seperti nonton wayang, main games atau dating. Dalam tempoh itu kita terus melupakan beban kerja/tugas yang sepatutnya menyempitkan waktu terlupa kita itu. Semasa saya t

Secerpen Rahman Haji Yusof, sasterawan Pahang.

Rahman Haji Yusof (RHY) seorang sasterawan yang pendiam. Kali pertama saya bertemunya di sebuah kedai roti canai Melayu di bandar lama Jerantut. Dia datang bersama Dato Dr Mansor Abdullah (M Ashikin) dan Abdul Rahman Janai (Kelompen Koe) seniman berambut panjang gondrong yang saya sangkakan Mansor Puteh. RHY lah yang mula2 kontek pm fb saya mengajak berjumpa. Katanya ada bengkel di Lipis dan dia mahu singgah di Jerantut. Memang saya terlebih dulu addnya di fb setelah membelek beberapa buah novelnya di pustaka; Bupala dan Tak Seindah Impian (pemenang kedua Hadiah Sako 2007 di belakang novel Anwar Ridhwan). Pertemuan itu kemudiannya membibitkan penyertaan saya ke dalam Dewan Persuratan Melayu Pahang sebagai ahli kawasan Jerantut dan seterusnya terlibat dalam beberapa aktiviti anjuran mereka. Kali kedua kami bertemu lagi sewaktu bersama2 jadi ahli panel dialog sastera di PPD Jerantut. Dan kali ketiga beberapa bulan lalu kami sebilik (bersama M Ashikin) di De Rhu Beach Re