Dari tengah hari semalam sampai pagi ini bekalan air tak ada. Aku bergegas ke rumah nenek di sebelah, nak berak. Tapi air dalam kang pun dah habis. Aku bernapas, menahan gelora dalam perut dan hujung dubur. Subuh dah hujung juga. Aku jerang air, bancuh kopi, minum air masak dan kopi hitam. Mak aku pun di dapur, buat teh. Atuk di dalam bilik, hendak menyambung tidur selepas sembahyang. Suhu pagi tidak sedingin semalam. Sambil memegang tangkai cawan kopi, berdiri di muka pintu biliknya, aku bersyair spontan. Atuk terbuka mata, memandang aneh. Kemudian tersengih-sengih lalu ketawa perlahan. 'Matnye tetiba bersyair pulok?'. Aku ke dapur, bersyair pada emak. Dahi mak berkerut-kerut, memuncung mulut dan terkedip-kedip. Perut aku masih bergelora. Taik bagai di hujung dubur betul. 'Menda bersyair pulak?'. Lampu-lampu terpasang. Aku mencicip kopi Nescafe Gold sampai tak tersisa lagi di dasar cawan porselin. Atuk keluar, menggaru-garu kepala. Di luar, bingit angsa, ayam, l...