Skip to main content

Petir





Hidup saya sudah sedia tertelanjangkan dari mata kamu, kamu dan kamu, barangkali. Dan, cuma perkataan yang ditutur dan dituliskan menjadi cebis-cebis halus yang menampal tampang diri ini.

4 tahun lepas ketika saya sedang menunggang motosikal melalui kawasan perumahan di Sungai Buloh Country Holmes, ketika cuaca mendung, awan beropol-ropol dan langit digigit kegelapan sedikit-demi sedikit, kilat memancar-mancar, di atas motosikal Kriss lama, entah bagaimana dengan anehnya tatkala tayar bergolek di atas bonggol jalan kilat betul-betul memanah entah bebebarapa mm saja dari telapak tangan yang sedang mencekup throttle.

Saya masih ingat ketika itu saya hilang keseimbangan dan, mujurlah agak perlahan menunggang, saya dapat kawal diri daripada terjatuh. Belakang tapak tangan terasa berdenyut-denyut dan kebas. Saya cukup pasti ianya disambar petir. Saya bertenang seketika bagi menghilangkan rasa terkejut. Dipanah petir? Biar betul? Mungkin tak ada yang percaya. Mungkin orang akan kata saya mereka cerita. Tapi, memang itu yang berlaku.
Saya teringatkan hadis (?) yang menyatakan petir itu adalah untuk menyiksa setan. Adakah saya... setan? Tak mungkin. Atau... memang ya?

***

Menghadiri majlis anugerah hadiah sastera selangorkini tempoh hari memberi sedikit keseronokan. Berjumpa teman2 penulis, berboncang pasal penulisan dan saya berjumpa Aan Mansyur.

Saya tidak sempat bertanya pada Azrin Fauzi soalan yang saya nyatakan pada Fariq yang saya akan tanyakan pada beliau. Begitu juga terhadap Wan Nor Azriq. Ada suatu ketika Dr Fahd Razy yang baru mengambil mock cheque sambil terduduk melayan fonnnya, dikelilingi aku, Fariq dan Regina, kami sambung perbualan-bincang perihal terjemahan puisi di fb Jack Malik, dan seperti menyerbu seorang pesalah, kami bertanya lagi sekali tentangnya kepada Dr Fahd.

Malam itu saya tak sempat makan bebola daging. Malam itu saya tak dapar jumpa MHS.

***

Walau saya cuba menutup telanjang diri ini dengan- mungkin catatan ini- orang lain yang di sana, pada majlis itu atau ketika melihat saya dipanah petir di sg buloh, mereka telah menafsirkan diri saya dengan pemerhatian mereka, berdasarkan mata dan pengalaman.

Untuk itu saya tidak dapat menghalang. Kebenaran mungkin subjektif. Dan kata-kata kadangkala persembunyi yang dungu.

Comments

  1. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete

Post a Comment