Skip to main content

Remeh Berbentuk Biasa

Sepuluh ketul samosa dapat mengenyangkan satu perut lapar di pagi hari. Sepuluh rangkap pantun dapatkah menghiburkan hati?

Jika semua orang menulis tentang sinisme (sinikal) terhadap ugama, setiap masa tanpa ada henti, apakah kamu akan jemu dan terjeluak. Apakah perasaan kamu membacanya? Seperti tahi kering yang tersekat di kerongkong dan tidak dapat keluar kerana mulut terjahit? Begitu?

Jika semua orang menulis tentang intelektualisme, falsafah dan reformasi ugama, setiap ketika tanpa henti, adakah kamu, wahai pembaca, menekuninya dengan tabah tanpa banyak soal atau trus melemparkan cerita2 sebegitu jauh ke dalam jurang Marina?

Jika semua menulis tentang sastera dan seni dalam pengertian masing-masing dan tenggelam dalam perdebatan tak sudah, adakah kita seronok menyaksikannya dari tepi atau turut serta kerana merasa diri sebagian daripadanya ?

Semua dengan semangat kenegerian yang tebal. Semua taasub dengan neo-pseudo. Semua nak jadi yang terjadi dan menjadi yang pernah terjadi. Semua dalam arus kerana... tak mahu ketinggalan.

Siapa yang hendak menulis tentang lelaki yang mengorek hidung ketika memandu?

Siapa yang hendak menulis tentang kucing yang pruhhh setiap masa?

Siapa yang nak tulis tentang budak kecil yang bencikan bawang tetapi gemarkan ayam kentaki kerana ayam yang emaknya masak tak sedap?

Siapa yang nak tulis fasal kain pelikat teretas sebab jahitan semulanya tak kemas kerana tangan sang penjahit terkehel ketika beronani?

Siapa yang nak tulis fasal kerapuhan roti canai di Kedai kelantan dan kemasaman sambal di kedai mamak?

Siapa yang nak tulis tentang kesedaran bahwa menjadi vegetarian ialah suatu usaha mulia?

Anda kah? Saya kah? Ini tugas Harian Metro dan page2 viral saja kah?
Ini cuma... ini...

Saya tlah mengikut arus. Saya tak mahu tenggelam tapi saya mahu juga dalam arus. Saya, begitulah, mengikut arus sentiasa dan sesekali cuba berpaut seketika pada akar di tebing arus.

Comments