Lama tak menulis, otak bagaikan membeku dengan idea2 serta paparan yang mahu dicoretkan. Tatkala diri ini berkira-kira mahu mencurahkan apa yang terbuku di kepala hotaknya itu maka tiba-tiba ia berderai pergi, seolah-olah terbang melayng tanpa mungkin kembali semula. Kita mungkin memiliki sat-saat terbaik di kepala kita mengeluarkan idea-idea bernas, tatkala mahu merakamkanya ia pudar begitu sahaja. Di kesempatan ini sementara terlintas di benak saya ingin jua menukilkan apa yang terpendam di kepalaku. Sementara masih dapat terakam apa yang terlintas baik aja lensung terus ku rakamkan ia agar masa depan kelak bisa menatap semula apa yang pernah ku mindakan sebelum ini. Jawi yang diPINGGIRKAN Adapun berkannan apa yang ditulis ini berkaitan juga dengan bahasa Melayu (bukan Malaysia) . Sewaktu aku di derjah sekolah dahulu (sekolah rendah) ketike di derjah 3 aku sudah mula pandai membaca tulisan Jawi. Aku masih ingat atuk aku ketika itu suka benar membeli akhbar jawi, b...