Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

Popular

Saya baru saja menghabiskan novel Harry Potter dengan Batu Hikmat. Ini adalah kali pertama saya membacanya. Saya bermula pada waktu pagi dan tamat pada sebelah malam. Ia mudah dihabiskan kerana plotnya yang bergerak lancar menghanyutkan kita ke muara penamat. Ini bukan kali pertama saya dapat habiskan novel dalam masa sehari. Ada beberapa buah novel; antara yang saya ingat yang dihabiskan dalam masa sehari seperti The Firm - John Grisham, The Mist - Stephen King, Anding Ayangan - RAM, Cincin Permata Biru - Mior dan beberapa lagi. Persamaan novel2 ini adalah kepopularannya di arus perdana dan kuasa penceritaannya yang meyakinkan. Tapi saya juga tak pernah mengulangbaca buku2 ini. Ia rebah dan mati pada hujung muka suratnya. Ia keghairahan pada waktunya yang tersendiri. Tidak seperti novel2 sastera yang tangan dan jemari mereka cukup kuat dan berhantu mencekup pergelangan tangan kita untuk menyelak mereka kembali dan jadi muda ghairah.