Assalam. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya Eidulfitri kepada semua yang beragama Islam. Hari ni genaplah 2bulan 11 hari dari tarikh aku accident pada 4julai yang lalu. Pada hari itu iaitu 4julai adalah merupakan tarikh yang akan aku ingati smpi bila2. Paginya aku mengambil paper terakhir aku di peperiksaan akhir. Petangnya aku pergilah ke bengkel bersama kawan rumah aku iaitu Kimi, dia tolong tolakkan motor aku disebabkan moto aku rosak. Kabel plug rosak dan brek yang tak makan. Sampai di bengkel si apek mengbedahlah moto aku smpai baik punya. Aku bercadang nak bawak balik ke kampung moto tu. Sebab tu la aku pg bwk servis. Jam dah menunjukkan 7.30 ptg, dah senja. Aku dan kimi mulai bergerak, disebabkan kimi bwk 125 maka aku yg bwk Kriss ni dah tentulah ketinggalan di belakang. Sesampinya di tepi tasik, ketika tu aku memang memperlahankan moto aku sementara kereta bersimpang siur lajunya. Maklumlah peak time. Tanpa aku seda...