Skip to main content

Posts

Showing posts from August 29, 2017

Tata-tata Dalam Kreativiti yang Lampawau

Saya ada terbaca komen oleh SM Zakir dalam facebook, yang membalas persoalan bahasa penulisan dalam penulisan kreatif, oleh seorang editor yang antaranya berbunyi 'bahasa (dalam karya) tak boleh rigid sangat nanti karya jadi menjemukan' Dalam dunia penulisan kreatif banyak sekali perbezaan2 daripada setiap penulis dan penerbit tentang hasil atau kefahaman mereka terhadap apa itu tata-tata yang sepatutnya ditulis. Ada beberapa orang berautoriti?  yang begitu rigid dan kerap menegur mana2 penulis yang ada kesilapan pada ayat posting (posting dalam istilah baru apa? Hantaran? What the heck?). Walhal kekadang tu ada je terselit komen2 dari kawan diorang yang jauh tak guna ejaan penuh atau tanpa kesalahan tatabahasa. Apesal? Media sosial adalah tempat yang menzahirkan fiksyen sebenarnya. Kecuali petikan2 atau pautan2 pada hal2 keilmuan, semuanya adalah catatan fiksyen, khayalan, gosip, rekayasa dan candaan sahaja. Syaikh Alvin Toffler pernah menyebut bahawa kini ialah era letupan d…