Rahman Haji Yusof (RHY) seorang sasterawan yang pendiam. Kali pertama saya bertemunya di sebuah kedai roti canai Melayu di bandar lama Jerantut. Dia datang bersama Dato Dr Mansor Abdullah (M Ashikin) dan Abdul Rahman Janai (Kelompen Koe) seniman berambut panjang gondrong yang saya sangkakan Mansor Puteh. RHY lah yang mula2 kontek pm fb saya mengajak berjumpa. Katanya ada bengkel di Lipis dan dia mahu singgah di Jerantut. Memang saya terlebih dulu addnya di fb setelah membelek beberapa buah novelnya di pustaka; Bupala dan Tak Seindah Impian (pemenang kedua Hadiah Sako 2007 di belakang novel Anwar Ridhwan). Pertemuan itu kemudiannya membibitkan penyertaan saya ke dalam Dewan Persuratan Melayu Pahang sebagai ahli kawasan Jerantut dan seterusnya terlibat dalam beberapa aktiviti anjuran mereka. Kali kedua kami bertemu lagi sewaktu bersama2 jadi ahli panel dialog sastera di PPD Jerantut. Dan kali ketiga beberapa bulan lalu kami sebilik (bersama M Ashikin) di De Rhu Beach Re...