Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Encik Dem Belum Murtad

Semasa saya kecil dulu, saya sering membayangkan tuhan itu seperti nenek saya yang memakai serkup (anak tudung), berbaju kurung lusuh dan Allah itu seperti atuk saya yang memakai songkok lipat (saya selalu berasa lucu bila ingat tentang songkok lipat versi ini, ia songkok lipat yang saiznya pendek, tidak panjang seperti dipakai orang Indonesia atau Musa Aman. Ada satu watak dalam filem Do Re Mi, ahli mesyuarat tingkap yang kantoi main dam di kedai makan dengan isterinya dan dihambat pulang, isterinya menjerit 'jangan lupa lepat buruk ni!' sambil menempas songkok lipat itu ke tubuh lakinya. Lepat buruk. Haha) lusuh dan berkemeja. Dua imej ini saling bersebelahan di atas langit. Saya tidak ingat mereka tersenyum atau sengih. Yang pasti, hal ini berlaku pasal yang rapat dan menjaga saya adalah atok dan nenek, lebih dari mak dan abah saya. Semakin saya besar tahulah saya bukan itu gambarannya untuk tuhan atau Allah. Bekas PM Indonesia, Muhammad Hatta dalam tulisan pen

PenulisXMimpi

Aku rasa kalau kau penulis dan ada kecenderungan minataksub pada mana2 penulis, atau secara khusus, aku konpem kau mesti pernah dalam sekali, paling kurang, bermimpi pasal dia/salah sorang daripada penulis yang kau minat. Kan? Karim pernah tulis dia ada mimpi berjalan di pinggir pantai sambil berbual dengan TAT. Aku tak tau orang lain cemana. Aku sendiri banyak mimpi dengan orang yang menulis ni. Dan ramai pulak tu sampai ada yang terlupa dah. Huhu. Tapi apa kejadah aku tetiba nak tulis pasal mimpi ni? Hah, sebab aku ada mimpi tak syok , atau tak sedap, atau tak menyenangkan / meletihkan yang melibatkan dorang sepanjang bulan puasa ni. Bukan sekali. Tapi lebih! Okey sebenarnya bukan sehari dua aku dapat mimpi tak best tapi setiap hari. Bagaimanaaaa yea jadi begitu?? Sepanjang bulan puasa ni (mei-jun 2018) aku kerja, 14jam sehari, berterusan tanpa cuti dan aku, sebab hostel tak ada dan tak sempat nak cari bilik sewa, tumpang rumah makcik aku. Aku tidur di ata