Riwayat Mayta by Mario Vargas Llosa My rating: 4 of 5 stars Mario Vargas Llosa merupakan sebagian penulis Latin Bloom. Namun penulisannya ada beza dengan Borges, Cortazar ataupun Gabo. Riwayat Mayta ataupun The Real Life of Alejandro Mayta merupakan sebuah kisah revolusi kecil yang gagal dan kemudiannya sejarah tidak mengingati mereka yang terlibat. Cerita bermula perlahan dengan narator merupakan seorang penulis (juga rakan sekolah rendahnya) yang mencari maklumat berkenaan Mayta dalam usaha menyiapkan satu novel berkenaan revolusi itu. Dia berjumpa seorang demi seorang individu yang terlibat dengan revolusi itu dan mulai bertanya. Setiap individu ada versi sendiri tentang perjalanan revolusi itu dan pemulanya; Mayta. Ia bermula dengan agak membosankan pada bab2 terawalnya namun ia semakin menarik bila mula di pertengahan novel pabila sisi lain peribadi Mayta mula didedahkan seperti kegagalan perkahwinanannya, pertembungan perbezaan idea serta gosip...