Khamis, Pakngah aku datang rumah dan kasitahu abangnya iaitu abah aku tengah kritikal, ICU di Hospital Sultanah Aminah JB. "Doktor suruh anak2 datang" kata dia. Sambil itu dia menyambung, dengan wajah ceria yang dikupas cahaya tengahari "Pakngah nak kahwin bulan depan, dengan orang Jerangsang," . Aku teringatkan arwah makngah, yang meninggal beberapa tahun lepas, atas kebaikannya, atas prihatinnya terhadap keluarga kami dan aku menyesal sebab tak cukup berlaku baik kepadanya. * Kali terakhir aku bercakap dengan abah hampir sepuluh tahun lepas, pada malam tahlil arwah adik aku - di ruang tamu. Perjalanan dari Pahang ke KL (ambik adik pompuan) sebelum melalui PLUS - memakan masa berjam-jam. Dalam kepala aku terbayangkan akan menulis catatan yang dramatik dan panjang, diletak di FB, tentang abah - jika dia meninggal dan firasat aku kuat mengatakan begitu. Sajak Funeral Blues berdengung-dengung dalam kepala. * Berhenti di RnR N9, ada masak le...