Skip to main content

Posts

Showing posts from February 10, 2018

Ke Kubur dan Ingatan Perihal Kematian

    Hari ini sedang saya bekerja ada panggilan daripada rumah. Nenek memberitahu Wan Ketot (moyang sedara 3 pupu) sudah meninggal dunia. Jenazah akan dikebumikan selepas zuhur. Habis saja kerja saya terus ke dewan majlis daerah. Ada majlis perkahwinan rakan sekolah saya, Situ Aisyah. Saya ke tanah perkuburan. Surau berdekatan sudah dipenuhi saudara mara saya. Selesai solat zuhur kami solat jenazah. Atuk saya turut datang. Hari panas sungguh. Peluh merinik di ubun, dahi, celah ketiak dan pelipat.    Saya ikut sampai ke lubang kubur yang digali. Sanak saudaranya, anak2nya dan cucunya merapat2. Saya rasa macam nak berlalu pergi dan pulang ke rumah saja. Letih, tak larat. Tapi... saya terfikirkan mengenai kematian dan entah bagaimana saya batalkannya. Entah esok saya mati. Entah lusa atuk mati. Apabila berlaku kematian kita akan terasa. Tersentap. Kebesaran Allah azzawajalla betul-betul membuatkan kita beringat dan insaf (walaupun sekejap).    Saya dan ...