Skip to main content

Posts

Showing posts from December 24, 2011

Loghat Jerantut

Memandangkan Daerah Jerantut adalah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang maka terdapat banyak loghat daerah mengikut sesuatu kawasan. Di sebelah perkampungan Kampung Baru sehinggalah ke perkampungan Ulu Cheka loghatnya adalah sama dengan sebelah Kuala Lipis yang agak meleret dan perlahan tetapi di sebelah Kuala Tembeling sehinggalah ke perkampungan Kampung Bantal di Ulu Tembeling merangkumi Kuala Tahan / Taman Negara loghatnya sudah berbeza yang lebih laju pertuturannya dan agak sukar untuk difahami. Berikut merupakan antara loghat daerah Jerantut PERKATAAN = MAKNANYA Kash / Kaweh = Saya / akuAwok / Di = AwakPedo'oh = Tipu / BohongBobok = Tipu / BohongPepalih = Terlebih / terlaluHabat = PengotorMat nya = Kenapa nyaKek nya = TetapiBerambi = Senonoh / berhati-hatiBerlimbor = Jalan berdua-dua / jalan bersebelahanKerayan = Takut / cemas / bimbangLinyar = Permukaan yang licinHampuras/Hampas = Tak berguna langsungMeretoh = TidurGampang = Kata makian / kata cacianGaras = Perihal men…