Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Ketakutan pagi

*Gambar: Palit, ibu kucing.

Siang tadi buat pertama kalinya saya merasakan ketakutan yang dingin, yang sudah lama saya tidak rasakan. Ketika itu saya sedang membaca artikel How to Write Horror Fiction sambil berbaring melintang dari tilam, melunjurkan kaki ke muka pintu bilik. Kemudian saya terdengar desisan nipis sebelum ngeong ibu kucing saya, ia berlaku di hujung kaki saya. Saya terus mengangkat kepala dan ketika serta merta bangun, terkejut. Seekor tedung hitam, kembang kepalanya berdesis memandang saya. Si ibu kucing mengutik-ngutikkan kakinya ke ular itu. Ular itu mengundur lalu masuk ke bilik sebelah. Ada rasa ketakutan yang lain daripada biasa. Ini bukan kali pertama saya serempak ular. Beberapa bulan lepas ketika membuka pintu pagar untuk ke tempat kerja saya terjumpa seekor, hitam begini juga. Awal tahun lepas ketika saya membawa lembu saya merenggut rumput di pinggir hutan saya berjumpa ular begini juga. Mungkin sebab ruang yang sempit. Mungkin sebab ular itu menampakkan waj…