Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Tanpa Kesan

Sajak kepada pertapa Tao Gunung Chiunjiao - Wei Yingwu
pagi ini bilikku terasa dingin sekali
lantas aku teringat
akan sahabat yang tinggal
nun di gunung.
aku mengumpul kayu api
dekat anak sungai
dan galasnya pulang
untuk merebus kentang di pondoknya
kalaulah dapat,
kan kubawa sekendi arak buatnya
untuk menyapu angin dan hujan malam tapi 
dedaun gugur melitupi cerun
dan bagaimana dapat kucari kesan tapak kakinya
                          *** Di sebuah kolej kediaman Uitm beberapa orang pelajar lelaki sedang ralit bermain komputer. Salah seorang daripadanya berpaling, dengan sebatang rokok tersepit pada celah jemarinya, memandang ke arah kamera dan tersengih. Itu gambar sahabat saya sepuluh tahun sudah yang difoto dengan kamera fon Nokia Express music. Habis saja belajar sempat bekerja bersama sebelum akhirnya tiga tahun lalu terputus belaka digunting beberapa masalah. Tiada nombor telefon atau media sosial. Tiada di rumahnya atau di mana mana dan tak satu pun tahu ke mana ia pergi. D…