Selain Ali Majod dan A.Samad Ismail, penulis lama yang saya gemari ialah Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Interlok adalah satu-satunya novel SN Abdullah Hussain yang saya baca. Karyanya yang lain turut saya baca ialah kumpulan cerpen Dari Kota Cahaya. Tentang Interlok yang pernah menjadi kontroversi sikit masa dulu, saya menggemari bagaimana Abdullah Hussain melukiskan tiga kisah kaum utama iaitu Melayu Cina dan India. Dari tiga kisah kaum ini saya dapat ingat beberapa adegan seperti Pak Utih yang menghisap rokok daun selepas menjampi ayah Seman, atau Maniam yang berjalan kaki tengah panas menuju ke estetnya atau babak ayah Cing Huat menyedut candu. Begitu juga dengan cerpen2nya. Malah sehingga sekarang saya boleh membayangkan bagaimana Maniam menghayun parang di ladang, Seman menyelongkar bawah rumahnya dengan marah-marah atau Cing Huat melayan pelanggannya di kedai runcit sambil getah sekerap bersenggayutan di luar kedai. Gaya dia menulis, seperti yang dikatakan Prof Lutfi Abas ...