Skip to main content

Review: Tinju & Peluru

Tinju & Peluru Tinju & Peluru by Johan Radzi
My rating: 4 of 5 stars

3.7 untuk kumpulan cerita pertama Johan Radzi ini.

Aku mula membaca tulisan JR di jalantelawi.com yang pada ketika itu aku jumpa laman web itu ketika aku berjogging di jalan telawi dan ingin mengetahui port menarik di sekitarnya lalau menggugel dan jumpa web itu. Pada mulanya aku sangkakan JR sudah berumur 30 an kerana pada aku tulisannya, matang. Selepas mencari maklumat tentang beliau barulah kutahu beliau baru 20an. Malah kerana tulisannya di JT itu juga membuatkan aku menghantar cerpen ke situ dan tersiar.

Saya pernah dengar dari orang DBP yang mengatakan cerpen Perempuan Yang Pulang ke Lautan asalnya dihantar ke DS tetapi telah dipassing kepada Tunas Cipta, mungkin kerana penulisnya masih muda. Saya fikir, penyiaran karya cerpen di DS sekarang tidak lagi begitu kerana sudah mula ada cerpenis muda yang bagus tersiar cerpen mereka di DS.

Boleh dikatakan semua cerpen dalam Tinju Peluru ini memuaskan. Beberapa cerpen telah aku baca dulu sebelum ni yang tersiar di beberapa media cetak/elektronik.

Seperti kata kebanyakan rebiu, naskah ini mengangkat kisah2 kecil. Ada juga perihal dendam (digambarkan dengan begitu baik dalam cerpen Kesumat) ada juga perihal anak muda seperti terakam dalam Apa apa Di Penang.

Cerpen kontotnya, ATM dan sebuah lagi ( lupa tajuknya) sangat bersahaja dan sinikal namun bagi cerpen Terlena di Rumah Kaca, aku tak tahu ianya jatuh dalam kategori misteri, seram atau apa? Jika dalam seram, ianya tak menjadi, kalau misteri, mungkin namun kesannya tak sampai. Cerpen Adirimau pula sedang2 saja.

Paling aku suka ialah cerpen Nuh (tak ingat tajuk panjangnya) yang aku telah bacanya dulu di Selangorkini. Bagi aku ini cerpen terbaik dalam Tinju Peluru ini. Ianya memberi kesan sekaligus pengalaman bila membacanya. Sedang aku membacanya, aku ikut sama terasa dingin dan menggigil dek kesejukan hujan. Aku dapat bayangkan suasana lecak, kedai serbaneka dan kucing bernama Nuh itu.

Dengan penulisan sebagus ini aku mengharapkan yang suatu masa nanti Johan menulis novel.

Cerpen2 yang aku suka : Nuh, Hal Tiga Ekor Itik, Perempuan Yang Pulang ke Lautan dan Kesumat.

View all my reviews

Comments

Post a Comment