Aku dah lama tak menulis, nak sangat update blog ni tapi tiap kali bukak aku sibuk baca blog org lain. Ok lah aku update ni pun atas sebab beberap perkara yang menarik yang aku fikir perlu di update kan ..
Ada beberapa isu menarik yang aku nak utarakan antaranya mengenai seminar oleh Encik John Hicock , seorang pensyarah dan pustakawan di State University of California. Aku dan rakan sekelas menyertai seminar tersebut kerana pensyarah kami meminta untuk turut serta. Aku mula-mula menanggap ceramah yang akan disampaikan mamat ni cliche, boring dan boleh diagak, namun ternyata isi kandungannya amat menarik.
Ok, sedikit cerita mengenai John Hicock, dia merupakan pustakawan dan pensyarah yang sekarang ni mengambil cuti sabatikal untuk menyiapkan PHdnya dengan mengelilingi perpustakaan di sekitar Asia. Sementelah dia ke sini Fakulti menjemput nya datang, dan Kedutaan US ade jugaklah nak mnyibuk siap bagi goodies .
Dalam ceramahnya Encik John menekankan mengenai perubahan trend untuk perpustakaan di USA yang mana menurutnya amat jauh di depan berbanding di Asia. Antara perubahan yang berlaku ialah kurangnya buku dan diganti dengan komputer serta database, ebook dan wireless area, perubahan perpustakaan sebagi tempat untuk mendapatkan maklumat dan perbincangan, perubahan imej perpustakaan, penambahbaikan servis web perpustakaan, reference librarian yang lebih mesra dan proaktif dan pelbagai lagi. Isi ceramahnya memang ada point dan telah membangkitkan rasa minat aku terhdap kusus yang aku ambiil ini. Aku rasa antara perpustakaan kat Malaysia yang dah berubah ialah Perpustakaan Negeri Selangor yang baru tu.
Aku takleh nafikan yang sebelum ni jauh di sudut hati aku sentiasa mempersoalkan kerelevansasian kursus pengurusan perpustakaan. Namun selepas mendengar cermah John Hickok ternyatalah aku baru sedar betapa penting peranan pustakawan dan perpustakaan dalam menjadi medium untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat.
Katanya lagi sudah tiba masanya buat pustakawan dan kakitangan perpustakaan bagi mendekati para pengguna, membantu mereka untuk mencari maklumat dengan lebih tepat dan menolong pengguna dengan servis di perpustakaan. Bahagian dalam ceramahnya yang aku paling minat ialah apabila senior lecturer fakulti kami merangkap pioneer pengurusan kursus perpustakaan di Malaysia iaitu Prof.Datuk Raja atau Datuk Ray yang bagi aku sengaja melontarkan soalan provokasi iaitu "What do you think on todays perception about the library future and people keep say that librarian is not relevance?'.
Katanya lagi sudah tiba masanya buat pustakawan dan kakitangan perpustakaan bagi mendekati para pengguna, membantu mereka untuk mencari maklumat dengan lebih tepat dan menolong pengguna dengan servis di perpustakaan. Bahagian dalam ceramahnya yang aku paling minat ialah apabila senior lecturer fakulti kami merangkap pioneer pengurusan kursus perpustakaan di Malaysia iaitu Prof.Datuk Raja atau Datuk Ray yang bagi aku sengaja melontarkan soalan provokasi iaitu "What do you think on todays perception about the library future and people keep say that librarian is not relevance?'.
John menjawab dengan nada serius "i really2 hate to hear those comments, why? why librarian is not relevence? if they need information they still go to libraries, not all information can be search on internet, students nowadays need proper way to do works and research , just because google all their work like trash, they just copy and paste and they dont know how to cite. Because of that we librarian need to change, marketing our library, come close to user and facilitate them. Todays librarian is also a lecturer, they need to handle Information Literate for new students so that students know how to find inappropriate information on internet or any materials." Sebenarnya panjang lagi tapi aku malas nak taip. hehe.. Kesimpulannya amat menarik seminarnya, banyak info yang aku dapat.
Perkara yang kedua ialah mengenai isu PTPTN yang hangat. Dari polemiknya oleh Pakatan yang berjanji nak mansuhkannya sehinggalah mengenai pembekuan pinjaman untuk student Unisel, aku mengikuti isu ini dengan rasa kurang minat sebenarnya. Aku sempat juga pergi ke Wakdol Kopitiam kat Sek 7 ada talk oleh Rafizi Ramli. Sanggup ak datang untuk mendapat gambaran jelas mengenai isu ni sampainya kat sana nampaklah 2,3 orang yang aku kenal sangat. Bukan student tapi polis UiTM yang tahan aku dulu yang dok brainwashed aku pasal aku kena tangkap polis kat BERSIH 2.0. Aku buat tak tahu jer, aku tumpukan jugak dengar apa yang si Rafiji ni cakap. Isinya klise, semua orang tahu bila orang politik berbicara. Aku ni walaupun sokongan aku condong ke arah pembangkang tapi aku kurang yakin berkenaan pemansuhan PTPTN ni, bagi aku kan lebih baik kalau semua IPT di seluruh negara diselaraskan yuran kemudian yuran itu dikurangkan mcam UITM ker. Dan caj khidmat PTPTN tu tak perlu. Selain tu bagi orang islam, kita pelajar ni kan asnaf , layak dan otomatik dapat zakat wei. Mana pergi duit zakat banyak2? Jangan simpan aje sepatutnya peruntukan zakat dihabiskan untuk asnaf bukan setakat berbangga dengan jumlah kutipan zakat tu. Di akhir ceramah si Khalid Ismath, wira baru UiTM ni berucap dengan berapi2. Pehh bru semangat skit broo. Pas ceramah aku tengok dia bukan main mesra ngn polis uitm ni, siott jer. Seminggu kemudian Khalid kena gantung 3 semester =P.
NAK JADI KAYA? KLIK SINI. BE A MILLIONAIRE NOW!
Comments
Post a Comment